Pages

Friday 2 May 2014

KENAPA PEMIMPIN SELEPAS TUN DR. MAHATHIR SELALU DIKRITIK?



Anda merindu kepimpinan Tun Dr. Mahathir? Ya, sudah semestinya ramai yang merindui era pentadbiran beliau. 


Dulu, bila tengok Tun Dr. Mahathir nak meletak jawatan di PWTC melalui kaca televisyen, tertanya-tanya juga apa sebab dan puncanya. Katanya, dah buat keputusan dan dia dah berkhidmat lama dah. 


Sebak masa tu. Tetapi, apa yang sebenarnya di fikiran beliau? Kita semua nak tahu. Tun Dr Mahathir berjaya mencapai sasarannya dan adakah disebabkan itu dia membuat keputusan meletakkan jawatan? Atau Tun sudah muak dengan orang-orang melayu yang mudah lupa ini? Hanya beliau sendiri saja yang tahu apa yang bermain di pemikirannya.


Sedar atau tidak, masyarakat sering mengkiritik kepimpinan pemimpin selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad.


Kerana apa?


Kerana Tun Dr Mahathir telah meletakkan 'benchmark' pemimpin selepas beliau mestilah pemimpin yang lebih baik atau sama baik dengan beliau.


Ya, kita tidak nafikan, setiap pemimpin mempunyai cara yang berbeza namun, asas kepimpinan yang sebenar haruslah dihalusi dan diikuti.


Di zaman Tun Dr Mahathir, mungkin tidak ada penggunaan Internet yang begitu meluas dan sebagainya tetapi sebenarnya ia boleh dikekang dengan kuatkuasa dengan tegas akta yang ada, namun ia dipandang sepi.


Kadangkala kita sakit hati dan geram, kenapa susah sangat nak ambil tindakan sesetengah orang tak kisah dari pihak mana sekalipun yang keluarkan kata-kata ugutan dan sebagainya.


Bak kata Tun


"Itulah, orang dah bagi barang elok, toksah lah sibuk duk tukar ni, mansuh itu mansuh ini tu yang jadi rosak"


Tun merujuk kepada penghapusan beberapa akta. Kenapa? Adakah kerana terlalu bertolak ansur? Apa yang kerajaan dapat bila mendengar permintaan pembangkang?


Tun pernah berkata lagi


"Pembangkang ni duk bangkang ja kerja dia, kita buat baik pun dia bangkang, duk ikut buat apa. Bukan dia akan kata 'Oh kerana kerajaan dah ikut cakap kita , kita akan sokong kerjaaan,' Tak kan?"


Tahap kepimpinan Tun Dr. Mahathir ini terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pemimpin sekarang ini. Tetapi, sepatutnya pemimpin sekarang mengambil contoh dan pendekatan beliau dalam mentadbir negara kerana banyak antara mereka pernah berkhidmat berpuluh-puluh tahun dalam kabinet beliau.


Jadi, sebagai orang yang rapat dengan Tun, mereka patutnya lebih tahu. Orang dari negara lain banyak yang nak Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin mereka. Tetapi pemimpin kita ego dan suka dapatkan nasihat dari orang muda yang kononnya belajar dari Oxford. Elokkah hasilnya sekarang? Makin merosotkan? Pelik kerana mereka seperti kehilangan punca dan pandai pandai mengubah benda yang dah elok.


Coretan ini ditulis ketika merindukan kepimpinan Tun M. Bila membelek helaian akhbar-akhbar lama. 

FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad

View the original article here

Thursday 1 May 2014

CINTA : Bercinta Sejak Umur 4 Tahun



NORFOLK - Kisah cinta pasangan warga emas ini amat unik kerana mereka dipakaikan baju pengantin dalam satu karnival pada usia empat tahun dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi titik bermulanya cinta mereka yang hingga kini mencecah usia 70 tahun. 

Menariknya, pasangan warga emas itu, Ron Everest dan Eilen Campbell dilahirkan dalam dewan bersalin yang sama, dipakaikan baju pengantin pada sebuah karnival dan siapa sangka, mereka bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan kekal sebagai pasangan suami isteri sehingga kini. 

Pasangan itu yang kedua-duanya berusia 91 tahun berkata telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent. 

Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926. 

Pasangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943. 

“Cinta kami disemai mungkin sejak dilahirkan lagi kerana lahir di unit bersalin yang sama," kata Everest. 

Isterinya menambah, masih ingat lagi ketika dipakaikan baju pengantin semasa usia empat tahun dan perkahwinan di antara mereka membuatkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi bertambah erat.

View the original article here

Bilik ini nampak macam normal, tapi bila anda tahu ada pintu rahsia di sebalik bilik ini . . .

Memiliki rumah itu merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Semua orang perlukan rumah, atau lebih di tekankan adalah tempat tinggal. Tanpa tempat tinggal, di mana lagi perlu kita rehatkan diri?


Namun, jika rumah anda memiliki sebuah bilik rahsia, atau pintu rahsia apa-apa sahajalah yang membuatkan anda sahaja tahu terdapat ruang itu sedangkan bila tetamu anda masuk ke rumah anda, mereka langsung tidak dapat mengesan di mana pintu tersebut, pasti ianya satu perasaan yang cool dalam diri kita.

Terdapat 10 bilik rahsia yang ingin kami kongsikan bersama anda, semuanya awesome ohsem bebeh ! Chillkan hidup anda !










View the original article here

5 GAMBAR 20 MOTOSIKAL TERGOLEK 3 KERETA TERBABAS AKIBAT TUMPAHAN DIESEL DI JALAN DUTA

KUALA LUMPUR: Lebih 20 motosikal tergelincir dan tiga kereta terbabas selepas melanggar pembahagi jalan kerana permukaan jalan yang licin berikutan tumpahan minyak diesel sepanjang satu kilometer di Jalan Duta di sini hari ini.


Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, tumpahan minyak itu berlaku apabila sebuah lori tangki minyak tiga tan bocor dan melalui sepanjang jalan itu jam 2.20 petang tadi. 







"Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan, namun dilaporkan stabil. Sebelas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas terlibat dalam operasi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Bagi tujuan pembersihan jalan itu, laluan menghala ke Jalan Duta dari Pusat Bandaraya dan Batu Caves ditutup sehingga kerja-kerja membersih jalan itu selesai malam ini. - Bernama

View the original article here