Pages

Sunday 2 November 2014

Gambar selfie pertama TMJ dan isteri, Che Puan Khaleeda selepas nikah

Inilah gambar selfie pertama Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustaman selepas bernikah pada 24 Oktober 2014.

Selepas kekalahan pasukan Johor Darul Takzim di Final Piala Malaysia 2014 semalam kepada Pahang, TMJ telah menulis luahan di page JOHOR Southern Tigers bagi menguatkan semula semangat para penyokong JDT.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.

Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


Saturday 1 November 2014

Rupanya ini punca sebenar Rozita dan Zain enggan dedah wajah bayi mereka

 


Umum mengetahui, model, pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 2.18 petang tadi di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.

Dia bersalin secara normal dan tidak mengalami sebarang masalah. Begitupun, pasangan ini masih merahsiakan wajah bayi perempuan mereka daripada dilihat peminat.
Sebab sebenar Rozita & Zain enggan dedah wajah anak perempuan mereka - "Kalau diikutkan hari ini (1 November) adalah tarikh yang dicadangkan doktor untuk dia bersalin. Sebaik tiba di hospital doktor kata dia sudah boleh bersalin dan terus ditahan," kata Afeeq Abdul Wahab, pengurus kepada Rozita Che Wan.

Mengenai kelahiran bayi perempuan pelakon dan pengacara itu, ia dilahirkan pada jam 2.18 petang tadi di KPJ Ampang Puteri.

Afeeq yang dihubungi berkata, pihaknya tidak menyangka proses bersalin Rozita, 41, berjalan dengan lancar dan teratur.

"Macam tak percaya saja sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Malah pagi tadi sebelum ke hospital kami sempat sarapan nasi lemak dan bergurau macam biasa.

"Dia menunggu dalam bilik bersalin lebih kurang lima jam dan bersalin secara normal. Alhamdulillah Rozita dan bayi selamat dan okey," katanya.

Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama itu adalah anak pertama Rozita hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.

Sebelum ini, Rozita turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan lalu.

Pada pertengahan bulan lalu, kekecohan timbul semalam apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mempersoalkan relevan disebalik keputusan hospital itu untuk menaja kos bersalin golongan artis yang berkemampuan berbanding membantu kos perubatan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, Rozita berharap isu penajaan itu tidak disensasikan kerana ia adalah rezeki dan peluang yang dihargainya atas kepercayaan diberikan hospital berkenaan.

Afeeq berkata, Rozita masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan keluar dalam masa sehari dua.

"Rozita tak dibenarkan untuk diganggu dan dia masih berehat di hospital. Tapi mungkin hanya sehari dua saja.

"Buat masa ini kami tak dapat dedahkan dulu gambar bayi sebab dah ada perjanjian eksklusif dengan pihak Astro," katanya - HARIAN METRO.



Gambar terkini Rozita Che Wan tanpa mekap mengejutkan


Populariti yang sedang dikecapi Rozita Che Wan ketika ini memang sukar ditandingi oleh mana-mana artis wanita lain. Ini kerana terlalu ramai pihak berebut-rebut menaja beliau bukan sahaja ketika melangsungkan perkahwinan malah ketika bersalin juga.

Tentunya kejelitaan luar biasa yang dimiliki pengacara terkenal itu menjadi daya penarik utama. Bukan sahaja cantik hanya ketika bermekap malah tanpa mekap pun cantik dan lebih memukau.


Gambar Rozita Che Wan tanpa make-up lebih cantik - Mungkin tidak ramai peminat yang pernah melihat gambar Rozita Che Wan tanpa memakai make-up di wajah. Ini kerana, isteri Zain Saidin itu jarang berkongsi gambar peribadi untuk tatapan peminat.

Apapun, anda tidak perlu tercari-cari lagi Rozita tanpa make-up. Admin ada sertakan gambar beliau tanpa make-up di atas yang kelihatan lebih cantik dan muda dari usianya.

Kebanyakkan pengikut fanpage rotikya mengakui pelakon itu lebih muda jika tidak mengenakan sebarang make-up. Mari baca beberapa komen peminat tentang gambar Rozita tanpa make-up di bawah.

 

Gambar fesyen Siti Saleha di Halloween Party yang amat menakutkan


Seram pula kami tengok gambar Siti Saleha ketika menyambut Halloween Party baru-baru ini. Bukan sahaja kerana pakaian seksinya yang berwarna merah malah tanduk pada kepala dan gincu hitam melampu di bibirnya.
Nampaknya, Halloween Party yang biasa disambut di negara Eropah kini mula mendapat tempat di kalangan artis-artis Malaysia dewasa ini.
Tahun lepas sahaja, ramai artis turut terlibat sama dan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berseronok di dalam parti ini. Tak percaya, korang tengok sendiri gambar Siti Saleha di bawah. Memang seram pula di buatnya, tak gitu?