Pages

Thursday 27 November 2014

3 Foto mesra Chacha Maembong dengan teman lelaki

Dalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 minggu kedua semalam, Chacha Maembong yang dilihat mesra bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasihnya di belakang kerusi juri program berkenaan berjaya dirakam.


Ini menimbulkan tanda tanya mengenai identiti jejaka tersebut yang kami lihat amat intim jika berdasarkan beberapa keping gambar atau screenshot di bawah.

Sumber gambar : Page Media Hiburan













View the original article here

4 Foto penampilan terbaru raja dangdut, Amelina amat curi tumpuan

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut dek pengaruh beliau dalam dunia muzik tersebut pernah tiba tiba hilang dari dunia hiburan tanpa khabar berita selepas berkahwin dan baru baru ini timbul isu mengatakan dirinya sudah kembali tidak bertudung.

Amelina tampil bertemu media hari ini untuk memberikan penjelasan tentang keadaan dirinya kini dan perancangan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan selepas 15 tahun menyepi.

“Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tapi kembali aktif selepas 15 tahun ini, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsikan dengan sesiapa. Saya amat berharap agar semua pihak dapat menghormati pendirian saya kerana ia membabitkan banyak pihak,” ujarnya.

Amelina yang kini sudah mempunyai enam orang orang turut mengulas tentang isu gambar beliau yang dilihat kini sudah tidak bertudung.

“Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai tudung bagi menutup wajahsaya bagi mengelak dari sesiapa mengenali saya”

“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baru selepas menyusun dan merencana langkah dengan tersusun,”
tambahnya.

Bagi peminat setia Amelina, ini pastinya sesuatu yang dinantikan. Selepas ini boleh kembali lihat aksi Ratu Dangdut ini membawakan lagu genre kegemaran anda.












View the original article here

4 Foto terbaru Nor Azeana Ramli, isteri Ezad Exist

Perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad berlangsung dalam suasana menyentuh hati apabila isteri penyanyi itu, Nor Azeana Ramli berkali-kali mengungkap perkataan I love you so much (Saya sangat cintakan awak) sebaik Ezad tiba di Mahkamah Majistret semalam.



Nor Azeana yang setia me­nunggu Ezad selama lebih satu jam sejak pukul 9 pagi turut sempat berkata, Take Care B (Jaga diri B) kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini itu selepas selesai perintah tahanan reman tersebut.



Dalam perintah tahanan reman semalam, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tuduhan memiliki dadah jenis syabu di pekarangan tempat letak kereta di kompleks beli-belah Selayang kelmarin.












View the original article here

5 Foto nikah Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly

Penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 25, bakal melangsungkan pernikahannya hari ini, 22 November 2014 dengan gadis pilihan hati, Malaque Mahdaly.



Difahamkan, pengantin lelaki sudah tiba di perkarangan lokasi pernikahan di Singapura. Tahniah buat pasangan ini. Kami sebagai peminat tumpang gembira dengan penyatuan satu lagi pasangan artis yang menjadi pujaan ramai.

Sumber foto : Page Media Hiburan
















View the original article here