Pages

Sunday 1 February 2015

12 SELEBRITI (ARTIS) MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN TINGGI

12 Selebriti (Artis) Malaysia Yang Mempunyai Pendidikan Tinggi | Kadang-kadang ada yang memperkecilkan artis atau golongan selebriti tempatan dengan mengatakan mereka tidak berpelajaran atau gagal dalam pelajaran. Namun jangan lupa, ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang mungkin lebih baik daripada kita.


Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

Gambar Lisa Surihani selepas Sah Hamil. Makin Berseri seri



Tahniah kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas aktres jelita baru sahaja mengesahkan hamil anak sulung menerusi satu sidang media baru-baru ini.

Orang yang paling gembira sudah tentulah Yusry kerana segala kritikan dan tomahan yang dilemparkan orang ramai kepada kini tiada lagi.


Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami tercinta, Yusry Abdul Halim.

Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil



Gambar Terbaru dari Awal Ashaari Ni Mesti Buat Korang Tak Lalu Nak Lepak Mamak Lagi !!

#Amaran!! Siapa penggemar mee goreng mamak adalah dinasihatkan untuk tidak melihat gambar ini kerana dikhuatiri korang akan termuntah dan taubat tak nak makan menu tu lagi. Haha.
Tapi bagi orang-orang yang tak gemar mengunjungi kedai mamak. So, gambar ini macam tak lah begitu memberi impak kan...?
#Nak dijadikan cerita..katanya >Awal Ashaari menyamakan cacing dengan mee goreng mamak. Haishh... Betul ke?
#Memang ada iras-iras mee goreng pun kan? Mungkin bertujuan mahu menyakat followers Instagramnya, Awal telah memuat naik sekeping foto tangan yang sedang memegang cacing. Rasanya macam cacing tanah. Yerkkkssss..!!
#Ramai jugak followersnya yang agak kurang senang dengan gambar tersebut... antara komen peminatnya di instagram:-


Ha.. korang pula macamana?? Rasanya lepas ni kalau lepak kedai mamak tengok bola, korang nak order lagi mee goreng tak?...hihi.............

Patutlah Cikgu Ni Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Muridnya.

Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku.
Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet.
Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah.
Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya. 
Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?


Menurut ahli group FB IRDK tersebut yang telah mecari instagram cikgu tersebut, gadis tersebut adalah juga finalis Dewi Ramaja 2014/2015







Walaubagaimanapun surat dan juga gambar tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya sama ada Teacher Aishah memang seorang guru atau tidak dan surat tersebut betul atau tidak.

Tetapi jika Teacher Aishah memang seorang guru, admin mengucapkan selamat mengajar dan BOLEH KITA BERKENALAN?

sumber : Facebook IRDK