Pages

Thursday 5 March 2015

5 Gambar Peribadi Nora Danish & Nedim Nazri Bercuti Di Cameron Highland Tersebar?



Semalam kami bawakan kepada korang semua koleksi foto Fasha Sandha sekeluarga bersama-sama anak Nora Danish, Rayqal bercuti di Bangkok.


Rupa-rupanya Nora Danish pun sedang bercuti di Cameron Highland bersama kekasih hati, Nedim Nazri ditemani oleh Dimorian Crew. Seronoknya lah bercuti memanjang…

Kalau tak salah kami, pemandangan cantik ni adalah daripada The Smokehouse Hotel yang famous di Cameron Highland tu. Boleh tahan juga harga di situ tau.





Bila kami tengok gambar ni, maka kami memang yakin bahawa ini adalah ‘The Smokehouse Hotel’. Mana taknya, rekaan hotel ni memang unik dan lain daripada yang lain.



12 Gambar gelang emas Aaisyah Dhia Rana amat mengejutkan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Tidak dinafikan kelahiran Aaisyah Dhia Rana di dalam keluarga Rozita Che Wan merupakan penyeri dan juga menambah lagi warna kehidupan pasangan bahagia ini. Mengakui kini baru dapat merasai perasaan seorang ibu mempunyai anak perempuan, Che Ta bersyukur dengan kurniaan tersebut.
Menerusi portal rotikaya hari ini, 12 keping gambar gelang emas yang dipakai oleh Aaisyah Dhia Rana telah mengejutkan Rozita Che Wan & Zain Saidin.
Pergh mewahnya kehidupan Aaisyah walaupun baru berusia kurang setahun. Tentu ramai ternganga dengan gelang emas yang sudah dimiliki si comel.
 
Tidak dinafikan kelahiran Aaisyah Dhia Rana di dalam keluarga Rozita Che Wan merupakan penyeri dan juga menambah lagi warna kehidupan pasangan bahagia ini. Mengakui kini baru dapat merasai perasaan seorang ibu mempunyai anak perempuan, Che Ta bersyukur dengan kurniaan tersebut.

“Selama ini, saya dikurniakan dua anak lelaki (perkahwinan pertama), jadi sekarang baru saya dapat rasa perasaan ibu yang mendapat anak perempuan. Saya sendiri pun nak anak sentiasa cantik dan terjaga rapi seperti saya. Sekarang saya tak guna khidmat pembantu rumah, jadi semua dilakukan sendiri”

“Selalunya orang cakap anak perempuan ini senang nak cari baju cantik-cantik untuk mereka. Benar saya sendiri boleh rambang mata. Malahan hingga saat ini ada juga pengikut di laman Instagram dan peminat yang bermurah hati memberikan hadiah kepadanya”

“Saya bersyukur dengan kehadiran Aaisyah. Cuma tak sangka ramai yang meminatinya. Lihat sajalah kalau gambar dia dimuat naik di laman Instagram, sampai 20,000 yang menekan like. Gambar saya sendiri pun belum tentu dapat like banyak itu,”
seloroh Rozita kepada Berita Harian.
Selain itu, Che Ta sendiri mengakui bahawa dia tidak bimbang mengenai senario tidak popular selepas kahwin malah bersyukur kerana kehadiran Aaisyah terus membuat rezekinya dan suami murah.
Sumber : Rotikaya











 

PANAS!! CERITA SEBENAR Ustaz Didakwa Bunuh Murid Dan Dihukum Gantung Sampai Mati


laporan akhbar

Alor Setar: Seorang ustaz yang juga warden asrama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kematian pelajar berusia 11 tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis empat tahun lalu.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab terhadap tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh yang berasal dari Teluk Intan, Perak bagaimanapun kelihatan tenang sebaik keputusan itu dibacakan.

Hanif sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh namun dipinda kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan asal di akhir kes pendakwaan.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee maut selepas dibelasah oleh Hanif Muhammad Ali.

Bagaimanapun, keputusan di akhir pembelaan mendapati tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 KK dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Perlis Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shakir Khairi.

Dalam kejadian pada 31 Mac 2011, Saiful Syazani yang ketika itu berusia 7 tahun koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, 5.40 pagi pada 3 April 2011 dipercayai akibat dipukul warden asrama terbabit ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis. -Metro

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi).

Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal di asrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian.

Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan.

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil.

Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.

Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah SWT untuk mengadap-Nya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.

Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri (ayah angkat adik saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.

“ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa.

Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.

Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul.

Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.

Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan.

Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sangat berat sebelah.

Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.
Sumber : http://www.nescafeais.com/

Rupanya ini punca sebenar Rita Rudaini mengamuk selepas kelahiran anak lelaki Aidil Zafuan


Kecoh pula laman sosial hari ini apabila pelakon Rita Rudaini tiba-tiba mengamuk di laman Instagram selepas ada peminat yang berkongsikan berita kelahiran anak lelaki Aidil Zafuan hasil perkahwinan dengan Zarema Zainal.

Kenapa pula Rita mengamuk secara tiba-tiba nih? Bukankah kelahiran seorang bayi di dunia adalah satu berita yang menggembirakan?

Umum mengetahui Aidil Zafuan telah mendapat cahaya mata yang baru. Aidil Zafuan selamat mendapat seorang anak lelaki bersama isterinya Zarema Zainal.

Sementara itu, ekoran berita Aidil Zafuan kini mempunyai seorang lagi anak lelaki, ada beberapa peminat dan follower yang menyampaikan berita itu di laman instagram milik Rita Rudaini.

Sensitif dengan berita itu, demi anak-anak, Rita Rudaini dikatakan berang dengan berita yang disampaikan. Mereka dikatakan penyibuk dan mengganggu emosi anak-anaknya.

Rita Rudaini jelas tidak menyukai berita tersebut - Katakcomel.

Ini antara komen dari Rita Rudaini: