.
"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan
kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria
barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil
jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.
"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi
sekarang tidak seteruk mana pun," tambah Yatt atau nama sebenarnya,
Haryati Hamzah, yang pernah menyertai misi kemanusiaan di Syria pada
Februari lalu.
Untuk makluman, Yatt pada 24 Oktober lalu telah memfailkan perceraian
terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah
Syariah, Kuala Lumpur.
Namun setelah berfikir panjang, pelakon itu dan pasangannya pada 12 Mac
lalu telah meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah
tangga mereka secara baik.
"Sepanjang saya berada di Syria, saya banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan rumah tangga saya semula.
"Saya kini melihat suami saya sebagai satu-satunya lelaki yang
ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarga saya sepanjang hayat.
"Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri," katanya.
No comments:
Post a Comment