"Zamani pernah bertanya mengenai wang kerjayanya selama ini kerana dia
mahu menggunakannya untuk menampung kos rawatan pembedahan tulang
belakang," demikianlah kata abang kandung Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim
apabila adiknya mengalami masalah kewangan untuk pembedahan tulang
belakangnya yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.
Menurut Zulfazil, wang hasil titik peluh adiknya itu sebelum ini
disimpan oleh pihak yang menguruskan kerjaya seni Zamani kerana adiknya
itu tidak mempunyai akaun bank peribadi yang menyimpan wang hasil titik
peluhnya dalam kerjaya nyanyian.
"Pihak kami tidak menuduh sesiapa (tidak membayar wang tersebut) tetapi
siapa lagi yang menguruskan kerjaya penyanyi itu kalau bukan pihak
pengurusan Zamani," jelasnya.
Klik gambar untuk size besar
Difahamkan peguam kepada Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar pernah membuat
kenyataan di akaun Facebook berhubung status wang penyanyi tersebut
baru-baru ini.
Peguam tersebut berkata, dia tidak pernah mempersoalkan tentang pihak
pengurusan Zamani, apa yang penting baginya sekarang adalah anak guamnya
itu.
"Saya yang penting adalah anak guam saya, anak guam saya sakit dan memerlukan kos sebanyak RM50,000 untuk menjalani pembedahan.
"Sekiranya Zamani mempunyai duit di dalam akaunnya, keluarkan jumlah itu
kerana kami perlukannya untuk pembedahan berkenaan," kata peguam yang mewakili Zamani.
Disebabkan perkara itu, Zamani, 43, memerlukan dana sebanyak RM50,000 untuk pembedahan tulang belakangnya.
Tambah Zulfazil lagi, penyakit yang dihidapi oleh Zamani tiada kaitannya
dengan bahan terlarang kerana Zamani itu pernah mengalami kecederaan
kesan aktif bersukan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment