Pages

Friday, 23 May 2014

Ibu-ibu Paling Luarbiasa Di Dunia!

Menjadi ibu mungkin menjadi impian setiap wanita. Tapi, bukan semua mereka berpeluang menyandang gelaran tersebut. 

Namun bagi yang bertuah, walaupun tidak bergelar ibu kepada anak yang dilahirkannya sendiri, mungkin juga gelaran itu diperolehi setelah memperoleh anak tiri ataupun anak angkat.

Walau bagaimanapun, dalam info kita kali ini, kami ingin paparkan ksiah beberapa orang ibu yang luarbiasa dan menarik untuk kita ketahui.

Ibu dengan anak paling ramai hidup dalam satu kelahiran

Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez

Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez ataupun lebih dikenali sebagai 'Octomom' di kalangan media ialah seorang rakyat Amerika yang telah dengan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia setelah dia melahirkan bayi kembar lapan pada Januari 2009.

Kembar lapan kelahiran Nadya ini ialah kembar lapan yang kedua yang telah berjaya dilahirkan dalam keadaan hidup dan setelah seminggu, telah berjaya mengatasi rekod sebelumnya untuk kadar hidup yang tinggi bagi satu set pasangan kembar lapan dan mengatasi kembar Chukwu pada tahun 1998.

Reaksi orang ramai menjadi negatif setelah mengetahui bahawa kelahiran Nadya itu bukanlah yang pertama sebaliknya dia telahpun mempunyai seramai 6 orang anak sebelum kelahiran 8 kembar tersebut.

Dan pada masa dia melahirkan anak juga, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Kesemua anak-anaknya diperoleh dengan cara IVF (In-Vitro-Fertilization).

Ibu paling muda

Lina Medina

Apabila dibawa untuk pemeriksaan di sebuah hospital, seorang pakar bedah, Geraldo Lozada telah memeriksa keadaan perut Lina Medina yang disyaki mempunyai tumor. Setelah memeriksanya, sesuatu yang mengejutkan telah diperolehi, Lina Medina didapati sedang mengandung 8 bulan!

Dr. Geraldo telah membawa Lina Medina ke Lima, Peru untuk menjalankan satu pembedahan untuk mendapatkan pengesahan daripada pakar lain sebelum mengesahkan yang dia benar-benar mengandung.

Sebulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, Lina telah melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan yang terpaksa dilakukan kerana pelvisnya terlalu kecil. Berat anak lelakinya ialah 2.7 kilogram dan diberi nama Gerardo sempena nama doktor Geraldo.

Gerardo pula dibesarkan dalam keluarganya dengan mempercayai bahawa Lina ialah kakaknya, namun pada usia 10 tahun, dia telah diberitahu kebenaran bahawa Lina sebenarnya ialah ibunya.

Ibu dengan paling banyak kelahiran

Valentina Vassilyeva

Feodor Vassilyev (1707-1782) ialah seorang petani yang berasal dari Shuya, Rusia. Isteri pertamanya, Valentina Vassilyeva telah tercatat dalam rekod dunia sebagai ibu yang paling banyak kali bersalin. Dia telah melahirkan seramai 69 orang anak namun fakta disebalik kisah Valentina seperti kelahiran dan kematiannya gagal ditemui.

Dia telah melahirkan seramai 16 pasang kembar 2, 7 pasang kembar 3 dan 4 kelahiran kembar 4 antara tahun 1725 hingga 1765 yang jika dihitung kesemuanya adalah sebanyak 27 kelahiran.

Sebanyak 67 orang daripada 69 bayi yang dilahirkan itu berjaya mengharungi zaman bayi. Pada zaman moden pula, rekod kelahiran paling banyak pula dipegang oleh Leontina Albina dari San Antonio, Chile dan mendakwa telah menjadi ibu kepada 64 orang anak dan daripada jumlah tersebut, 55 orang telah berjaya didokumentasikan.

Manakala ibu yang mempunyai anak paling ramai tanpa melahirkan sebarang anak kembar ialah Livia Ionce yang telah melahirkan anaknya yang ke 18 pada tahun 2008.

Ibu paling tua mendapat anak kembar

Omkari Panwar

Ibu tua ini tetap berhasrat untuk mendapatkan seorang anak lelaki walaupun usianya sudah mencecah 70 tahun dan pada masa hasratnya difikirkan, tidak terlintas langsung yang dia akan menjadi ibu paling tua yang melahirkan anak kembar.

Hasrat Omkari Panwar dipersetujui oleh suaminya, Charan Singh Panwar yang berusia 77 tahun. Jadi, untuk membayar kos perubatan secara IVF semata-mata untuk mendapatkan pewaris perniagaan milik keluarga, mereka telah menjual kerbau, menggadai tanah, menghabiskan kesemua wang yang dimiliki dan juga mengambil pinjaman kad kredit.

Akhirnya segala kesusahan untuk mencari sumber kewangan itu nampaknya berbaloi apabila Omkari selamat melahirkan sepasang kembar lelaki dan wanita dengan cara pembedahan di sebuah hospital di Muzaffarnagar, perjalanan yang mengambil masa 7 jam ke utara India di New Delhi.

Kembar itu dilahirkan sebulan sebelum tarikh jangkaan dan masing-masing mempunyai berat badan seberat 2 paun dan kedua-duanya diisytiharkan sihat.

Ibu tumpang paling prolifik

Carole Horlock, 42

Ibu tumpang, Carole Horlock, 42, telah melahirkan sebanyak 12 orang bayi dalam tempoh 13 tahun dan ada diantaranya termasuk kembar tiga. Peristiwa ini telah berjaya menamakan beliau sebagai ibu tumpang paling prolifik.

Menurut Carole, pada mulanya dia menjangkakan untuk melakukannya sekali sahaja dan katanya, sebelum dia sempat melahirkan anak tumpang tersebut, hatinya melonjak untuk melakukannya lagi kerana dia amat menyenangi pengalaman tersebut.

Menurut rancangan 20/20 dari ABC News, seorang ibu tumpang biasanya akan mendapat bayaran sekitar USD25,000 hingga USD30,000 untuk setiap perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Menurut Carole lagi, apa yang diperlukan daripada ibubapa bayi-bayi yang dilahirkannya, hanyalah sekadar menghantar surat tahunan dan gambar untuk menerangkan kepadanya perkembangan mereka.

Ibu paling kecil

Stacey Herald

Stacey Herald yang tingginya hanya 2 kaki 4 inci telah diberitahu sekiranya dia mengandung sekali lagi, boleh membahayakan nyawanya namun dia telah menidakkan nasihat doktor yang mahu menghadkan kelahirnya hanya pada 2 orang anak berdasarkan ketinggian yang dia miliki.

Ibu berusia 35 tahun dari Dry Ridge, Kentucky, Amerika Syarikat ini menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulangnya menjadi rapuh dan paru-paru yang kurang berkembang yang bermaksud dia gagal untuk membesar. Malah, Stacey juga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Ibu kepada bayi paling kecil

Mahajabeen Sheikh

Mahajabeen Sheikh telah melahirkan Rumaisa Rahman pada 19 September 2004 di Loyola University Medical Center. Berat bayi tersebut ialah 8.6 aun dan hanya sepanjang 10 inci. Kerana itu dia direkodkan sebagai bayi paling kecil di dunia menggantikan pemegang rekod sebelumnya iaitu Madeline Mann pada tahun 1989.

Rumaisa dilahirkan pada minggu ke 25 dan 6 hari. Apa yang menariknya, Rumaisa sebenarnya mempunyai kembar dan kembar iaitu Hiba lebih berat daripadanya dengan berat 1 paun 4 aun.

Ibu dengan jarak masa kelahiran paling panjang

Elizabeth Ann Buttle

Elizabeth Ann Buttle mempunyai dua orang anak iaitu Belinda dan Joseph. Sebenarnya tiada apa-apa yang istimewa pada anak-anaknya itu. Belinda dilahirkan pada 19 Mei 1956 semasa Elizabeth baru berusia 19 tahun.

Apa yang menakjubkan, jarak masa kelahiran antara Belinda dan Joseph ialah jarak masa kelahiran paling panjang di dunia!

Ini kerana Joseph dilahirkan pada 20 November 1997 ketika Elizabeth berusia 60 tahun dengan jarak masa 41 tahun dan 185 hari.

sumber 

No comments:

Post a Comment