Punca sebenar Abby Abadi bercerai lagi dengan Farhan. Menurut Abby, usia
suaminya yang lebih muda darinya dan tidak matang merupakan punca utama
keretakan rumah tangga. Tambah Abby lagi, ketidak serasian bersama dan
sering bertengkar juga menyebabkan Farhan memfailkan permohonan cerai.
Difahamkan lafaz cerai telah dibuat oleh Farhan sebanyak dua kali di
Makhamah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa
menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu
kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.
Terdahulu, Abby yang berusia 37 tahun dan Muhammad Noor Farhan 24 tahun
telah melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.
Abby juga pernah bernikah sebelum ini dengan Norman Hakim dan
dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan tersebut.
Kenyataan Abby Abadi Isu Bercerai Dengan Farhan
Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya
rasa macam itu. Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam
dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi
lambat matang. Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu
memaksa. Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan
dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam
masa terdekat,” ujar Abby Abadi
Video Punca Sebenar Abby Abadi Bercerai Dengan Farhan
KLIK DISINI UNTUK VIDEO
Gambar Kenangan Abby Abadi Dan Farhan
No comments:
Post a Comment