Gadis di perkosa beramai -ramai , dicekik, digantung pada pokok -
Tidak lama selepas kes dua gadis diperkosa beramai-ramai sebelum
dibunuh dan mayat mereka digantung di atas sebuah pokok di India, satu
lagi kes yang hampir sama berlaku di Pakistan, dua hari lalu.
Dalam kejadian yang berlaku di
daerah Layyah itu, Muzammil Bibi, 20, dipercayai diperkosa oleh tiga
lelaki di sebuah padang sebelum dicekik hingga mati.
Tidak cukup dengan itu, mayatnya kemudian digantung dengan tali di atas sebuah pokok oleh suspek.
Kejadian itu mengejutkan orang ramai kerana ia bukanlah jenayah yang biasa berlaku di kawasan itu.
Selama 22 tahun saya berkhidmat,
inilah kali pertama kami berdepan dengan kes seumpama ini. Kami pernah
mendengar kes ini berlaku di India, tapi bukan di Pakistan.
Pakaiannya koyak. Kami membawa turun
mayatnya dari pokok dan menghantarnya ke hospital. Terdapat kesan-kesan
pergelutan pada tubuhnya.
Kami sudah menahan tiga individu yang mengaku melakukan jenayah itu, ujar pegawai polis senior, Sadaqat Ali Chohan.
Secara jujurnya, kami sendiri kurang
jelas akan tujuan para perogol ini menggantung mayat gadis yang
telah dirogol dan dibunuh di atas pokok berbanding menyorokkannya di
tempat yang sukar ditemui.
Mungkinkah ia sengaja dilakukan bagi menunjukkan ‘kekuasaan’ mereka terhadap golongan wanita yang lemah. Credit bsam
No comments:
Post a Comment