“Saya tak mahu komen apa-apa…Saya dah malas…Biarlah perasaan ini saya kongsi dengan isteri sahaja…Saya tak akan cerita kepada sesiapa.
“Saya tidak mahu ambil tahu lagi di mana dia berada, dengan siapa dia, kat mana dia…Biarlah dia,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi pada Khamis.
Itu jawapan yang diberikan kepada Amy Search, bapa kepada pelakon Nabila Huda berikutan seorang peminat yang mengajak anaknya itu menukar agama.
Kata Amy lagi, sebelum ini dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu, tetapi tidak kali ini.
“Tidak mengapalah…kali ini saya takkan cakap apa-apa lagi,” ujarnya seakan kesal dengan kontroversi terbaru yang melibatkan Nabila itu.
Nabila Huda kini berada di Barcelona bercuti bersama kekasihnya.
Sumber
No comments:
Post a Comment