Pages

Friday, 27 June 2014

Ngeri! Trend Wanita Potong Jari Kaki Untuk Kelihatan Lebih Cantik

High heels disukai para wanita kerana membuat mereka tampil lebih cantik dan lebih percayakan diri. Namun sepertinya keperluan untuk tampil cantik dengan high heels semakin melampau. Bahkan beberapa wanita rela memotong jari kakinya agar kelihatan semakin sempurna memakai kasut tumit tinggi itu.

"Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai high heels. Pembedahan itu diasaskan pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki yang tidak rata. Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar kelihatan rapi serta untuk membuang tulang. Awalnya, pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini tela tersebar hingga ke negara lain.

Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan ini boleh mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels ( lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sex and the City". Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai high heels yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan hodoh.

Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela berhabiskan wang hingga US $ 7,500. Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason.

"Prosesnya satu jam dan aku tidak merasakan apa-apa tapi aku mendengar tulang dipotong yang mengerikan," kata Paulina.

"Setelah itu juga tak ada rasa sakit tapi jariku diletakkan dawai selama 5 minggu dan jari lain terkena  jangkitan sehinggalah aku minum antibiotik," Paulina menambah.

Setelah dawai dilepas, Paulina masih harus berjalan menggunakan tongkat selama beberapa minggu hingga boleh normal kembali. Kini Paulina merasa puas seteka melihat kakinya lebih kecil satu saiz berbanding sebelumnya.







View the original article here

No comments:

Post a Comment