Punca sebenar Nora Danish sanggup putus cinta dengan Nedim Nazri –
Dalam keseronokan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri bercuti
bersama-sama di luar Negara baru-baru ini, terdapat khabar berita kurang
baik yang mula kedengaran tentang mereka.
Menurut laporan sebuah media hiburan, hubungan cinta pelakon itu dengan Nedim Nazri dikatakan tidak mendapat restu daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri.
Susulan itu, Nora Danish segera tampil kepada akhbar Kosmo
dengan memberitahu bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk
memutuskan hubungan cinta mereka jika tindakan demikian adalah
penyelesaian terbaik.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang
datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada
bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”
“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya.”
“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya.”
Dalam pada itu, juri program Maharaja Lawak Mega 2013 berkenaan turut
menegaskan bahawa dia dan Nedim tidak pernah merancang untuk berkahwin
dalam masa terdekat. Jika ada pun, pengumuman menerusi siding media akan
dibuat juga.
No comments:
Post a Comment