HARI JUMAAT yang
berkat ini dicemari satu insiden yang memalukan umat Islam dan syariat
Islam keseluruhannya. Mengejutkan apabila keputusan Mahkamah Rayuan
Putrajaya membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita sekaligus Seksyen
66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah terbatal dengan
alasan bercanggah dengan perlembagaan negara.
Lebih malang lagi apabila tiga Hakim yang menghakimi perbicaraan rayuan tersebut terdiri DUA
orang hakim Melayu Islam. Apakah pertimbangan hakim beragama Islam ini
hingga boleh memalukan umat Islam dan syariat Allah S.W.T.
Hari ini kemenangan besar bagi kaum yang dilaknati Allah di negara ini. Ini bukan kes terpencil tetapi "a new beggining and never ends" bagi mereka. Tidak
mustahil akan ada lagi tuntutan-tuntutan kaum yang dilaknati Allah ini
akan membawa kes hak asasi dan kebebasan berkaitan kaum songsang init.
Benarlah kata
orang, yang meruntuhkan Islam itu bukanlah golongan kafir tetapi
penganutnya sendiri. Semoga Allah memberkati dan melindungi anak-anak
keluarga Islam dan bumi Malaysia yang tercinta ini.
Mahkamah
Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah
Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas
lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.
Keputusan
berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender
yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti
wanita.
Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.
Kes
berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor
Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk
mencabar kesahakan peruntukan terbabit.
Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.
Mereka
menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam
negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai
responden.
Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.
Makhamah
Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan
memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan
sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.
Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan- Malaysiakini
Apa nak jadi dunia islam d msia ni...
ReplyDelete