Pages

Thursday, 13 November 2014

PENDAPATAN AAISYAH DHIA RANA MELEBIHI PENDAPATAN ROZITA CHE WAN


Tanggal 1 November 2014 lalu, pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menerima kehadiran puteri sulung mereka yang dinamakan, Aaisyah Dhia Rana. Sebelum dilahirkan lagi, Aaisyah sudah mencipta sensasi apabila kelahirannya mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Hosital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Pendapatan Aaisyah Dhia Rana melebihi pendapatan Rozita Che Wan – Sebaik sahaja dilahirkan, populariti Aaisyah mencanak naik apabila gambar comelnya dimuat naik di akaun Instagram Rozita dan Zain. Menyedari populariti luar biasa yang diterima Aaisyah, Rozita atau mesra disapa Che Ta tidak menganggap itu satu bebanan yang berat.
pendapatan aaisyah dhia rana melebihi pendapatan rozita che wan
“Saya tidak kisah dengan perhatian yang diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang pelik apabila Aaisyah juga turut popular,” katanya dipetik Kosmo!
Akui Che Ta, meskipun anaknya belum berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang diraih anaknya juga melebihi pendapatannya. Dalam pada itu, wujud kebimbangan di hati Che Ta apabila anaknya menerima pujian yang melambung daripada orang sekeliling.
“Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan Aaisyah lebih banyak daripada saya. Saya bukan menggunakan anak untuk dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak. Sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu. Jika sesuai barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah. Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa hadapan.
“Siapa tidak suka orang puji anak sendiri tetapi dalam hati saya wujud perasaan bimbang. Ini kerana tiada manusia yang sempurna. Apabila orang memberi komen di Instagram yang anak saya cantik dan sempurna, saya jadi bimbang. Kalau boleh memadai cakap comel sahaja. Saya juga tidak mahu anak saya dibandingkan dengan anak orang lain kerana setiap bayi mempunyai keistimewaan tersendiri,” luah Che Ta yang akan mula bekerja pada awal Januari tahun hadapan.
Selain daripada anak Che Ta dan Zain Saidin, ada juga beberapa lagi anak selebriti yang meraih populariti mengalahkan ibu atau bapa mereka sendiri. Antaranya adalah Lara Alana (Scha Al-Yahya & Awal Ashaari), Julia Claire (Betty Banafe), Arrianshah Akid (Tomok) dan Noah Ismail Wong (Yasmin Hani & Sha’arin Razali).

No comments:

Post a Comment