Pages

Tuesday, 18 November 2014

Komen pengguna facebook mengenai isteri Eizlan Yusof paling mengejutkan


Tiada siapa menyangka rumahtangga pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof yang diketahui kukuh selama ini tiba-tiba gempar dengan tindakan isterinya menfailkan permohonan lafaz cerai.

Perkembangan terbaru ini merupakan satu kejutan paling besar dalam industri hiburan tempatan untuk minggu ini.

Menariknya, sebaik sahaja berita isteri Eizlan menfailkan permohonan cerai tersebar, ramai pengguna facebook meninggalkan komen masing-masing.

Salah satu komen pengguna yang paling mengejutkan kami mengenai isteri Eizlan datangnya dari seorang wanita. Komen yang ditinggalkannya betul-betul memeranjatkan kami.
 
 
Tiada angin tiada ribut tahu tahu sahaja pasangan Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Santie Harun kini dalam proses penceraian selepas si isteri memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Sinar Harian laporkan yang Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

“Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini yang sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan Yusof selaku defendan tidak diwakili peguam. Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan.

Susulan tindakan Vie Santie Harun menfailkan permohonan lafaz cerai hari ini, ia terus mendapat respon dari orang ramai di laman sosial facebook.

Antara respon yang paling mengejutkan kami ialah komen seorang wanita yang dirahsiakan identitinya mengenai kelakuan isteri Eizlan Yusof itu. Begitupun, sejauhmana kesahihan dakwaan wanita terbabit, itu kami tidak pasti setakat ini.

Korang sendiri boleh baca komen tersebut di bawah. Nilai sendiri ya.

Sumber asal : Blog Melvister


 
 

No comments:

Post a Comment