Pages

Thursday, 8 May 2014

Punca Perubahan Saiz Payudara Tasha Shila Terjawap

Secara tiba-tiba foto pelakon Tasha Shila sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’ di laman sosial.

Selepas Astro Gempak telek dan baca komen-komen yang ditulis, rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang kelihatan semakin bertambah saiznya.

Memang agak seksi foto Tasha bersama T-Shirt sendat berwarna putih yang dipakainya itu sehingga jelas menampakkan bentuk badannya yang terkini.

Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shila ke negara jiran untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita itu?

Astro Gempak akan cuba mendapatkan Tasha Shila untuk memberi komen tentang perkara ini. Di harap spekulasi tidak ditimbulkan terlebih dahulu kerana mungkin benar produk yang diminum Tasha Shila itu menyebabkan perubahan ketara berlaku di bahagian dadanya.



No comments:

Post a Comment