Keterangan
1. Lalai - Orang
yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal dunia
ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat kekusyukan dalam
solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak
cuba berusaha untuk mendapat kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat
sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. IMAM
AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya
adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk
mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari
perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat
bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara
keji dan mungkar.
2. Riak - Orang
yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk kepada
manusia, apabila orang melihatnya dia merasa senang tetapi bila dia
keseorangan dia merasa malas.
3. Bakhil - Orang
yang solat tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan zakat.
Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada yang
memerlukan.
No comments:
Post a Comment