PIALA Dunia FIFA 2014 baru sahaja bermula pagi tadi.
Demam bola sepak ini melanda seluruh dunia melangkaui batas agama,
bangsa, dan keturunan. Semuanya akan duduk semeja untuk meraikannya,
itulah keunikan sukan ini.
Di sebalik kemeriahannya, terdapat
beberapa pemain bintang yang beragama Islam bermain mewakili negara
bukan Islam. Perlu diingat juga, terdapat pemain bukan Islam yang
mewakili negara Islam. Namun, seperti yang dinyatakan awal tadi, faktor
agama bukanlah isu utamanya. Yang penting setiap mereka akan berjuang
bersungguh-sungguh memenangkan negara yang diwakili.
Yang berikut beberapa pemain muslim bertaraf bintang yang turut serta dalam Piala Dunia kali ini.
1. Edin Džeko
Džeko
dilahirkan pada Mac 1986 di Sarajevo, Bosnia. Sekarang bermain untuk
Manchester City. Penglibatannya dalam bola sepak bermula sebagai pemain
tengah dalam pasukan remaja Željezničar. Dia dianggap pemain paling
berbakat di kelabnya dan pada November 2009, Džeko menjadi pemain Bosnia
pertama dilantik sebagai duta UNICEF.
Ketika pusingan kelayakan,
Džeko menjadi penjaring terbanyak bagi kumpulan G iaitu 10 gol dan
Bosnia mencipta sejarah layak kali pertama ke pusingan akhir di Brazil.
2. Mesut Özil
Mesut
Özil, bermain untuk Jerman dan Arsenal. Dia mewakili pasukan remaja
Jerman sejak 2006 dan kemudiannya untuk pasukan kebangsaan Jerman sejak
2009.
Kelibat Özil di peringkat antarabangsa mula menyerlah
ketika mewakili Jerman semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan –
dia dianugerahkan Anugerah Bola Emas– untuk pemian terbaik kejohanan.
Pada tahun lepas ketika berusia 24 tahun, Özil menjadi ahli sukan termuda di Jerman yang dibina patung lilin di Muzium Berlin.
3. Sami Khedira
Sami
Khedira, pemain tengah Real Madrid merupakan rakan sepasukan Özil. Dia
dilahirkan pada April 1987 dan pernah bermain untuk VFB Stuttgart
sebelum pindah ke Real Madrid.
4. Karim Benzema
Karim
Benzema merupakan rakan sepasukan Sami Khedira dalam kelab Real Madrid
tetapi mewakili Perancis dalam Piala Dunia kali ini.
Ketika
usianya 19 tahun, pada 2007, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga
Eropah. Sebelum itu, pada usia 17 tahun dia telah menjaringkan gol yang
cantik ketika turun kali pertama mewakili kelabnya Lyon.
Benzema kemudiannya membantu Lyon mempertahankan juara liga bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.
Persembahan
cemerlangnya ketika piala UEFA 2007 menarik perhatian kelab ternama
seperti Real Madrid, Barcelona, AC Milan dan Inter Milan.
5. Mamadou Sakho
Keluarga
Mamadou Sakho berasal dari Senegal. Dia kini mewakili Perancis sebagai
pemain pertahanan tengah dan bermain untuk Liverpool.
Kerjayanya
bermula pada tahun 2003 apabila dipilih bermain dengan kelab Paris
Saint-German (PSG) pada usia 12 tahun. Pada tahun 2007, dia memulakan
bermain sebagai pemain profesional dengan PSG dan perlawanan pertamanya
ialah menentang kelab Valecien yang berkesudahan seri – dan menjadi
ketua pasukan termuda dalam liga.
6. Yaya Toure
Pemain
tengah Manchester City ini mewakili Ivory Coast dan merupakan
kemunculan kali ketiga dalam Piala Dunia. Pertama kali mewakili negara
pada tahun 2004 dan telah memenangi pelbagai kejuaran kelab termasuk dua
kali juara liga Sepanyol, dua kali juara liga Inggeris, juara Super
Greek, dan Piala Juara-juara
7. Kolo Toure
Adik-beradik
Yaya Toure ini mewakili kelab Liverpool dan sehingga kini telah
mewakili Ivory Coast 107 cap. Kali pertama mewakili negara ialah ketika
pertemuan Ivory Coast menentang Nigeria pada Julai 2000. Sebagai pemain
pertahanan, keupayaannya menjaringkan 6 gol setakat ini begitu
membanggakan.
8. Sulley Muntari
Pemain
yang mewakili Ghana ini dilahirkan pada Ogos 1984 dan telah memperoleh
81 cap. Dia turut bermain dalam dua Piala Dunia sebelum ini. Ketika
Piala Dunia 2006, dia menjaringkan gol bagi membantu Ghana memperoleh
kemenangan pertama dalam Piala Dunia ketika menewaskan Republik Czech.
Pada Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 dia menjaringkan gol penting
ketika menewaskan Uruguay untuk layak ke suku akhir.
Di peringkat kelab, Dia kini bermain untuk AC Milan, Itali.
9. Ahmed Musa
Ahmed
Musa dilahirkan di Nigeria pada Oktober 1992 dan mula mewakili
negaranya pada September 2010 menentang Madagascar. Dia kini bermain
untuk kelab CSKA Moscow. Ahmed memulakan kerjaya profesionalnya pada
tahun 2008 dengan kelab Nigeria JUTH F.C. -
sumber
No comments:
Post a Comment