Kami akui, selepas menonton video ini kami turut terasa gayat, tangan
berpeluh pekat, jantung berdegup kencang dan kepala terasa mual. Sedikit
cuak pon ada.
Tetapi apa yang mereka lakukan?
Vadim Makhorov and Vitaliy Raskalov terkenal
dengan sifat “daredevil” (baca hati kering a.k.a berani gila) telah
menaiki Shanghai Tower yang masih lagi dalam proses pembinaan. Shanghai
Tower dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di China dan bangunan kedua
tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di UAE.
Apa yang membuatkan mereka digelar “daredevil”? Ini kerana meraka
menaiki Shanghai Tower tanpa sebarang peralatan dan krew penyelamat.
Mereka hanya memerlukan 2 jam sahaja untuk sampai ke puncak dan
seterusnya menghabiskan 18 jam untuk tidur, berehat dan menunggu cuaca
kembali stabil untuk turun.
Sila enjoy gambar di bawah sambil ketap gigi.
video
No comments:
Post a Comment