Li Pingping, bekas perunding
pemasaran di Huizhou di selatan wilayah Guangdong, membeli anak kucing itu pada
awal bulan ini.
Akhbar China Daily melaporkan,
dia bertindak memenggal kepala anak kucing itu di bilik mandi rumahnya pada
minggu lalu.
Dia kemudiannya memuat naik
kepingan gambar badan anak kucing tesebut bersama kepalanya yang dipenggal
menerusi laman sosial, Sina Weibo.
Li memadam entri tersebut
selepas menerima kritikan hebat di Internet sejak beberapa hari
lalu.
Li kemudiannya menulis surat
permohonan maaf dan menjelaskan dia mabuk dan tidak berfikiran waras ketika
melakukan perbuatan itu.
Menurutnya, dia bertindak
begitu kerana marah selepas mengesyaki bapanya mempunyai hubungan sulit dengan
wanita lain.
Surat tersebut mendapat lebih
60,000 komen dengan ada diantaranya tidak henti-henti memaki Li.
Sumber: mStar
View the original article here
No comments:
Post a Comment