Kami tahu terdapat ramai wanita di luar sana yang cukup berbangga andai dapat menjadi model.
Tapi dalam keterujaan tersebut silalah berhati-hati kerana sejak dulu
lagi dah ramai perempuan yang terperangkap gara-gara keinginan mahu
popular seperti ini.
Contoh lelaki berhidung belang yang mahu mengambil kesempatan dapat dilihat dalam print screen yang disiarkan ini.
Berlagak konon juru gambar (entah betul entah tidak), lelaki ini meminta mangsa merakam gambar seksi lalu dihantar kepadanya.
Bagi menyembunyikan niat jahatnya dia berselindung di sebalik pujukan
mahu mencari model muslimah dan wanita tersebut tidak perlu menanggalkan
tudung.
Model muslimah kehapa kalau diminta bergambar persis pelakon lucah?
Jadi kepada kaum hawa di luar sana, berwaspadalah dan jangan terlalu
teruja bila ada lelaki kononnya juru gambar menghampiri anda lalu
menyatakan hasrat mahu menjadikan anda seorang model.
Silap-silap anda cuma bakal menjadi model lucah untuk tatapan dirinya yang sangap!
No comments:
Post a Comment