Satu kelebihan jadi artis, keluhan dan masalah cepat mendapat perhatian. Seperti kes Rita Rudaini yang mana dikatakan memuat naik status menyuarakan yang dia tidak puas hati dengan perkhidmatan TM Unifi.
Rita menyatakan dia tidak berpuas hati apabila wifinya hanya boleh digunakan di tingkat bawah saja. Dia juga menyatakan kekesalan terhadap khidmat yang diberikan oleh TM Unifi.
Tetapi, tak lama lepas tu, Rita memuatnaik status baru, mengatakan isu wifi dirumahnya sudah selesai dan memuji tindakan cepat pihak TM Unifi. Dalam status tu, Rita berkata lepas 10 minit TM terus menelefon Rita berkenaan isu tersebut.
Respon yang cepat itu sememangnya mengejutkan sehingga ada komen mengatakan, walaupun abang dia top management staff di TM, keluarganya tidak mendapat layanan sebegitu.
Wow, kalau macam tu, best la jadi artis. Dapat layanan first class.
No comments:
Post a Comment