Tahniah buat pasangan Adam AF dan Fiza Elite yang dilaporkan telah
mendaftarkan rujuk semula perkahwinan mereka pada 19 Julai lalu di
pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam, Selangor
sekitar jam 11 pagi.
Perkembangan terbaru ini merupakan satu khabar gembira buat peminat
mereka yang tidak pernah lupa mendoakan penyatuan Adam AF dan Fiza Elite
semula.
Menurut Adam, tindakan mendaftarkan rujuk semula berlaku kerana cinta yang masih amat mendalam antara mereka berdua.
Tambah Adam, sejak bercerai beberapa bulan lalu, mereka banyak
bermuahsabah diri, menilai kesilapan masing-masing dan cuba memperbaiki
setiap kelemahan.
Sementara itu, Fiza Elite secara terbuka memberitahu teruja untuk
mengerjakan umrah bersama suaminya dan bercerai dapat menimang
cahayamata dalam masa yang terdekat.
Untuk pengetahuan, pasangan Adam dan Fiza telah bercerai pada 28 April
lalu iaitu tujuh bulan selepas mendirikan rumahtangga. Mungkin kerana
jodoh mereka masih panjang, dua selebriti popular ini telah disatukan
semula.
No comments:
Post a Comment