Berita ini turut disahkan beberapa rakan terapat Allahyarham menerusi laman sosial.
Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim
mula dikenali melalui lakonan dalam drama bersiri Rumah Kedai yang
ditayangkan TV3 pada awal tahun 90-an.
Selepas Rumah Kedai, Allahyarham terlibat dalam sitkom bersiri Gado-Gado
yang ditayangkan di TV1, sekaligus menjadi batu loncatan untuknya
terbabit dalam dunia lakonan sebagai pelakon lawak.
Kerjaya lakonan Allahyarham kian memberansangkan selepas terlibat dalam
filem-filem yang mendapat sambutan hangat penonton Malaysia antaranya
Man Laksa, Baik Punya Cilok, Papadom dan Apa Kata Hati.
Artikel berkaitan : Punca sebenar Harun Salim Bachik meninggal dunia amat menyayat hati
Rata-rata peminat seni tanah air turut mengenang Allahyarham sebagai
kawan rapat pengarah dan pelawak Afdlin Shauki, terutama selepas mereka
berganding membentuk Kumpulan Boboi pada pertandingan Maharaja Lawak
Mega 2011.
Allahyarham yang merupakan bekas Presiden Seniman juga mempunyai suara
yang baik dan pernah bergelar penyanyi serta menghasilkan satu album
pada tahun 1996 berjudulBelilah yang menampilkan lagu hit ketika itu,
Banjir.
Sumber : Gossipanas
No comments:
Post a Comment