GEMPAR Nota yang Mona Fandey Yang Di jumpai Sangat Fuhh | Saya
mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi
Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha
Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan
segala-galanya.
GEMPAR Nota yang Mona Fandey Yang Di jumpai Sangat Fuhh
Sebelum ini saya tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia.
saya bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu
keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.
Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia.
Namun, saya pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?
Akhirnya saya menemuinya, saya berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata
untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwa dengan tiba-tiba.
Saat itu saya di dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Pertama kali saya melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid
menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita.
(Ketika itu saya mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan
izin Allah SWT saya dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).
Saya masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, saya sebak, sedih
bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air
mata, saya menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah
yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, saya datang dari jauh dan
mendirikan solat di Masjid Nabawi.
Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar
kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Saya berasa hampir
dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, saya menghitung hari seterusnya
berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan
izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama saya di tanah
suci.
Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah
jiwa. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan
hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari saya
melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.
Saban hari saya melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan
ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar
undang-undang jenayah dan sivil.
Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami
isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu
kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima
azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan
hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT
semua ini tidak akan berlaku.
Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua
yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Saya menghadiahkan al-Fatihah
kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doa saya untuk
mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan
nama.
Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam
pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan
waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah
dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa
jenayah sedemikian terjadi?
Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan saya dan rakan-rakan
wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi
Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona
Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup
dengan mendakwa sebagai bomoh.
Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk
Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu
pembunuhan yang teramat kejam.
saya tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes
mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia
seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian
untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.
Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan
perasaan hatinya dalam nota autograf yang saya ambil daripadanya dan
kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. Bunyinya ringkas: “Saya ingin
hidup dan mati bersama suamiku.”
Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya.
Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di
bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu
ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan
tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik
yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri
dikerat-kerat 18.
Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram
remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para
hadirin memandang sesama sendiri.
Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya
mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan
berita eksklusif. Pada petang itu, saya memperoleh maklumat daripada
sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati
beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.
Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk
bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau
menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir
berdarah.
saya masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya
tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama
suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke
Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.
“Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepada saya apabila
ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara.
Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi
mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.
Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum?
Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah.
Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, saya tidak berhenti
berfikir. Apabila sampai di pejabat, saya cerita kepada Ketua Pengarang
ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai
kata-kata Mona Fandey.
Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita
ini. Namun saya jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Saya
beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa
dirinya.
Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, “Saya nak senyum.”
Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas.
Apabila dikenangkan, saya pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa
Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan
seolah-olah mendewakan wanita ini.
Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Saya
masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan
berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang
wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.
Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi.
Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis
menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.
Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero
bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan
mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey
meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam
mahkamah.
Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah
jadi pentas hiburan. Saya berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan
dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih
terpesong.
Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan
yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya
ini.
No comments:
Post a Comment