Kepada penganut agama Hindu, rambut menjadi simbol pengorbanan sejak beratus ribu tahun lalu atas sebab-sebab yang berbeza. Antaranya mahu mengatasi kesihatan diri yang kurang baik, mencegah nasib malang dan mencari tuah.
Amalan itu merupakan satu kebiasaan di selatan India terutama di
kuil-kuil di wilayah Tamil Nadu. Lokasi itu menjadi tumpuan hampir
kebanyakan orang dari seluruh India untuk mencukur kepala.
Namun mereka yang terlibat dalam industri perdagangan rambut palsu dalam
kebimbangan jika upacara keagamaan itu terus pudar pada masa hadapan.
Masyarakat India moden berubah mengikut perkembangan ekonomi negara
mereka sekali gus membuka ruang untuk negara itu menjadi lebih sekular,
berteras kepenggunaan dan pengaruh-pengaruh dari luar.
Mencukur rambut
UPACARA keagamaan mencukur rambut di kuil semakin kurang
"Terdapat satu perubahan yang berlaku iaitu orang-orang mudanya semakin
kurang pergi ke kuil dan tidak melakukan amalan mencukur rambut.
"Mereka mungkin akan memotong separuh rambut mereka tetapi tidak semestinya akan mencukur kesemua rambut mereka," kata Ketua Eksekutif Raj Hair International, George Cherian di ibu kota Chennai.
Pada hari festival keagamaan, kira-kira 1,000 orang termasuk 50 hingga
60 wanita menjalani ritual memotong rambut di kuil Tiruttani di utara
Chennai.
Wanita India seperti Anandi Perumalswany merupakan tulang belakang dalam
industri itu. Walaupun mereka menetap di kawasan yang jauh dari
salun-salun yang beraneka bentuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah
namun lokasi itu menerima permintaan penyambungan rambut yang tinggi.
"Tuhan kegemaran kami ialah Tuhan Muruga. Kami mempunyai banyak hutang dan pelbagai masalah lain.
"Saya telah berdoa untuk anak lelaki saya agar dia cepat kahwin. Saya kemudian menawarkan rambut saya," kata Perumalswamy yang berusia 45 tahun dan ibu kepada dua anak itu.
Eksport rambut
Bertan-tan rambut panjang dipotong setiap hari dan kebanyakannya dijual dalam jualan lelong kepada pemborong.
Pemborong kemudian akan mengurus dan mengeksport rambut untuk kegunaan di seluruh dunia.
Amalan seumpama itu telah menjadi kerja sampingan yang menguntungkan
pihak kuil. Kuil akan mengunakan kutipan daripada duit jualan rambut itu
untuk aktiviti kebajikan.
Sebahagian pembekal telah melakukan sendiri perniagaan tersebut dengan memotong rambut mengikut kehendak pemborong.
Kecantikan gaya rambut yang disambung dalam kalangan artis Hollywood
seperti Gwyneth Paltrow dan beberapa artis lain telah melonjakkan lagi
permintaan untuk barangan kecantikan.
Rambut sintetik yang murah dan pernah popular pada tahun 1990
menyebabkan kejatuhan harga dalam perniagaan untuk firma-firma India.
Namun rambut manusia kini menjadi kegemaran sekali gus menjadi nilai
tambah kepada pasaran India.
RAMBUT-RAMBUT yang digunting pada upacara keagamaan di kuil-kuil di India dijual untuk pembuatan rambut palsu.
Pada masa ini, satu kilogram (kg) rambut yang dipotong di India secara
purata dijual pada harga AS$250 (RM735) berbanding 15 tahun lalu yang
bernilai AS$20 (RM59) sekilogram, jelas Cherian.
Jenis rambut yang paling mahal ialah remy yang dicukur terus dari
pangkal leher. Ia bernilai 25 peratus daripada harga pasaran rambut
non-remy.
rambut yang telah diikat dan akan mula proses untuk disisir rapi
"Rambut masyarakat India merupakan rambut yang paling dikehendaki kerana ia menyamai dengan rambut asal orang kulit putih.
"Malah warna semula jadinya iaitu hitam menyamai warna rambut kaum
Afrika dan bila diwarnakan rambut tersebut menyamai warna rambut orang
Eropah atau AS," kata Cherian.
Kualiti rambut
rambut-rambut ini akan di masak dengan menggunakan ubat terlebih dahulu
Produk itu kemudiannya dibekalkan kepada wanita seperti Fereena West
yang gemar ke salun ColourNation di pusat bandar London. Harga untuk
satu kepala rambut asal dari India berharga lebih AS$3,000 ((RM8,823)
dan memerlukan empat jam untuk disiapkan.
"Rambut sambung yang diperoleh sangat berkualiti. Ia merupakan 100
peratus rambut manusia dan agak mahal," kata model sementara yang
berusia 25 tahun.
Seorang pelanggan di
salon eksklusif Michaeljohn, di London yang mahu dikenali sebagai
Natasha berkata, penyambungan rambut tersebut sangat berbaloi.
banyak pilihan dipasaran....anda sanggup memakainya?
"Ia bernilai $970 (RM2,853), termasuk harga rambut dan kos penggayaan.
Jadi bagi saya untuk menggayakannya tiga kali setahun ia memang
berbaloi.
"Penyambungan rambut menjadi popular kerana artis seperti Cheryl Cole menyukainya dan dia menjadi lebih terkenal.
"Namun saya berpendapat ia turut digemari oleh kebanyakan orang dan
bukan sahaja kelompok artis. Saya rasa ramai orang memilikinya kerana ia
sangat bergaya dan membantu menyerlahkan penampilan mereka," katanya. -
AFP
No comments:
Post a Comment