#Semasa Yusry KRU mengesahkan bahawa isteri tercinta Lisa Surihani
sedang mengandung anak mereka yang pertama, peminat industri hiburan
tempatan turut merasa teruja kerana akhirnya pasangan ini bakal menimang
cahaya mata setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga....
Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya.
#Susulan berita kehamilan tersebut, ada pihak yang menyatakan
kemungkinan besar Lisa Surihani sedang mengandungkan bayi kembar. Namun,
hanya Yusry sahaja sebelum ini yang memberikan respon mengenai
kehamilan tersebut manakala Lisa megambil keputusan untuk berdiam
diri....
#Terbaru, Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya....
> "Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut
‘bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami...
#Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar
atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama
saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki...
#Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu."
#Kata orang-orang tua adalah lebih baik untuk tidak terlalu gembira jika
kehamilan baru di peringkat awal. Apa-apa pun doakan segalanya berjalan
dengan lancar buat Lisa Surihani dan Yusry KRU untuk bergelar ibu dan
bapa. Rasanya ramai yang nak lihat Yusry Jr mungkin? Hehe
No comments:
Post a Comment