Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang pernah terfikir tak yang
telefon bimbit korang tu boleh menjadi penyebab kepada penyakit kanser?
Kalau pernah, betul ke informasi atau kajian sains yang korang terima
tu?
Tapi yang penting, penggunaan telefon bimbit kalau tak
menyebabkan kanser pun, akan menyebabkan kesan sampingan yang lain
seperti ketagih facebook, sms atau game Angry Bird. Hehe. Apa-apa pun,
korang baca la artikel di bawah tentang persoalan adakah benar telefon
bimbit akan menjadi penyebab kepada kanser. P/S: Kematian yang paling
dirisaukan oleh Nabi SAW terhadap umatnya adalah kematian mengejut
seperti kemalangan kerana takut-takut tak sempat untuk bertaubat. Ya
Allah, jauhilah kami dari kematian yang mengejut dan ampunkan lah
dosa-dosa kami. Amin.
Betul ke telefon bimbit boleh menyebabkan barah kanser?
LONDON:
Telefon bimbit tidak meningkatkan risiko barah, lapor penyelidikan yang
membabitkan lebih 350,000 responden oleh penyelidik Denmark yang
disiarkan semalam.
Kajian yang didedahkan dalam laman web Jurnal Perubatan British, mencelah siri kajian lain yang memperoleh kesimpulan serupa.
Saintis
Institut Kajian Epidemologi Kanser di Copenhagen melihat mereka berusia
sekurang-kurangnya 30 tahun yang melanggan talian telefon bimbit dan
membandingkan kadar ketumbuhan dalam otak dengan mereka tidak melanggan
antara 1990 hingga 2007.
“Kajian ini menyokong penyelidikan
yang gagal mencari kesan memudaratkan penggunaan telefon di bawah
pendedahan normal,†kata Pengarah Perubatan Fizik Hospital Britain
Royal Berkshire dan Felo Institut Fizik dan Kejuruteraan Perubatan,
Malcolm Sperrin.
Pada Mei, Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan
Kesihatan Sedunia memutuskan telefon bimbit dikategori sebagai
kemungkinan mendedahkan barah, meletakkannya sama kategori dengan
plumbum dan kloroform. – Agensi
No comments:
Post a Comment