Rahsia Dan Kebaikan Tidur Celah Ketiak Suami |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua
pembaca yang dikasihi. Bunyi tajuk ni memang pelik. Tapi sebenarnya tak
pelik pon sebab dah dibuat kajian bahawa Isteri yang tidur dibawah ketiak suami
dengan berbantalkan lengan suaminya dapat memberikan kebaikan dan
manfaat dari segi kesihatan. Tak percaya? Jom baca artikel kajian
dibawah ini.
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih
tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak
lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka
merasa damai dan tenang? Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami
datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi
para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas
lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan
tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami
anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini
hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…
FAKTA…. Serius….
Dan
dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami
akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena
tidur.
Dan
peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel,
biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen
penyebar bau phero yang di senangi wanita.
Jadi…pada
isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?
Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?
No comments:
Post a Comment