10 Gambar Model Baru Perodua Viva 2014 Dari Kilang | Tiba masanya untuk Perodua mengeluarkan model baru untuk menggantikan Viva yang telahpun 7 tahun berada di pasaran. Kemunculan model kereta Daihatsu Ayla di Malaysia pada Februari tahun ini hangat diperkatakan kononnya bakal menggantikan Perodua Viva. Ditambah pula dengan kenyataan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid yang sebelum ini pernah mendedahkan bahawa akan ada model baru dikeluarkan pada tahun 2014 ini. Harga (tidak sahih) bagi model baru ini dikatakan bermula dari RM27,000 sehingga RM42,000. Jom cuci mata melihat 10 gambar model baru Perodua Viva ini.
No comments:
Post a Comment