Itu dia. Esok atok nak poie saloon Ah Beng kasi make ober sikit. Dah nak masuk 3 bulan atok tak gunting rambut. Cubolah bayangkan, pelbagai hidupan liar hidup melata di atas kepala atok. Sekben kiri kanan dah terjuntai-juntai. Ekor belakang dah macam ekor ikan dugong. Rambut atas pulak macam David Beckam. Erkkk!
Atok masih mencari-cari identiti
fesyen untuk 2011 nih. Alah, korang! Jeles la tu atok nak bergayo
sikit. Atok sodar wajah atok ni warok, hitam longot, berkawah-kawah.
Namun, dongan penataan rambut yang lebih sesuai akan membuatkan atok
kelihatan seakan berumur 17 tahun!! Larikkkkk!
Tahun ni atok nak buek rambut
ala-ala korea. Bleh? Atok dah bolo rambut ni 3 bulan, musti kono buek
pesyen macam Rain. Tapikan, atok punyo wajah ni bulat macam bola. Atok
tak gomok, tapi muko den memang bulat. Comel la sonang cito....pengsan
lagik! Setelah atok mengugel fesyen rambut terkini. Atok ada beberapa
idea pasal fesyen rambut mengikut raut wajah dan bentuk tubuh. Antaranya
Panduan gaya rambut mengikut bentuk tubuh:
1. Kurus
Digalakkan : Membiarkan rambut panjang, berombak dan berlapis.
Tidak digalakkan
: Bergaya rambut terlalu lurus dan panjang kerana ia akan membuatkan
anda kelihatan semakin kurus. Namun rambut pendek akan membuat anda
kelihatan lebih maskulin.
2. Gempal
Digalakkan
: Potongan rambut sederhana panjang dan berlapis akan membuatkan anda
kelihatan lebih kurus. Minta pada pendandan untuk memberikan lapisan di
sisi kanan dan kiri rambut.
Tidak digalakkan
: Memotong rambut terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan
bergelombang kerana ia akan membuatkan bentuk tubuh lebih besar.
3. Tubuh kecil
Digalakkan
: Rambut lurus dan halus adalah gaya terbaik untuk anda. Sebaiknya
potong rambut sederhana panjang kemudian buatkan lapisan pada bahagian
atas kepala.
Tidak digalakkan : Buat rambut macam Lady Gaga! ( yang ni atok sajo menambah pasal takdo discription)
Sumber [SINI]
Kesimpulan bagi ikut bentuk tubuh : Atok mempunyai saiz badan di tengah-tengah antara kurus-gempal. Atok juga dikategorikan bertubuh langsing antara kecil dan besar (sederhana).
Panduan gaya rambut mengikut bentuk muka:
1. Empat segi (petak)
Digalakkan :
Sesuai menggayakan hampir apa sahaja gaya rambut termasuk keriting.
Anda boleh membuat rambut spikey (cacak), flat dengan gaya messy.
Seeloknya, lakukan potongan clean cut pada sekitar telinga. Selagi mana
ia tidak menyembunyikan kemaskulinan wajah anda, anda digalakkan
menggayakannya.
Tidak digalakkan : Elakkan rambut melepasi dagu.
2. Bujur
Digalakkan
: Bertuah kerana boleh disesuaikan dengan apa jua gaya rambut. Anda
sesuai untuk berambut pendek atau panjang. Ini kerana, anda mempunyai
garis rambut pada dahi yang versatil. Potongan rambut bertingkat serba
sedikit menyuntik ciri maskulin.
Tidak digalakkan : Rambut macam Abu Bakar Ellah (pun atok sengajo menambah)
3. Bulat
Digalakkan : Menipiskan bahagian tepi dan belakang nampak lebih baik.
Tidak digalakkan
: Memilih potongan rambut yang membuatkan wajah anda lebih bulat
seperti keriting atau bob. Elakkan juga potongan rambut yang menutup
dahi. <---ala....camno nak jadi macam Rain :(
4. Tiga segi
Digalakkan
: Memotong rambut serapatnya dengan kepala serta berdekatan pelipis
tetapi rambut di bahagian belakang dibiarkan panjang dan lebat.
Tidak digalakkan : Gaya rambut yang dipilih perlulah tidak memperlihatkan dagu lebih tirus.
5. BerlianDigalakkan : Memilih potongan rambut yang dapat memberikan ilusi lebar. Anda sesuai berambut panjang dan sebenarnya sesuai bermisai atau janggut untuk menyeimbangkan bahagian wajah anda yang tirus. Potongan menutup dahi juga membantu.
Tidak digalakkan : Potongan yang menambah ketinggian rambut seperti spikey atau terlalu pendek seperti potongan buzz.
6. Pear
Digalakkan : Wajah sebegini patut diseimbangkan dengan gaya rambut lebat di bahagian atas kepala dan sekitar pelipis.
Tidak digalakkan : Botak! Sebab kalo botak orang ingat kepala awak tu buah pear!
7.Lonjong (empat segi panjang)
Digalakkan : Potongan bertingkat atau potongan amat pendek buzz seperti Wenworth Miller. Potongan menutup dahi yang messy juga kelihatan baik untuk anda.
Tidak digalakkan : Menambah panjang di bahagian atas rambut. Jika anda tambah, wajah anda akan kelihatan lebih panjang.
sumber
No comments:
Post a Comment