Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari ini mengarahkan tenteranya untuk memulakan serangan darat di Gaza, kata satu kenyataan rasmi dari pejabatnya.
Saksi dari Reuters dan penduduk Gaza melaporkan senjata berat, ketenteraan laut dan serangan helikopter boleh dilihat di sepanjang sempadan Gaza.
"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan IDF untuk memulakan operasi darat malam ini untuk menyerang pengganas dari Gaza ke Israel," kata kenyataan itu.
Kepulan asap kelihatan setelah Israel mengumumkan serangan darat - Gambar BBC |
Dia berkata matlamatnya adalah untuk "mewujudkan satu realiti di mana penduduk Israel boleh hidup dalam keadaan selamat dan aman tanpa keganasan berleluasa yang berterusan, manakala memberi satu tamparan yang hebat kepada infrastruktur keganasan Hamas".
Serangan itu adalah selepas 10 hari Israel melancarkan serangan udara ke bumi Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin.
Tentera Israel berkata Gaza telah melepaskan lebih 1,300 roket ke Israel, dan pegawai-pegawai kesihatan Palestin berkata 233 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tentera laut Israel. Seorang awam Israel telah dibunuh oleh serangan dari Gaza. - SiakapKeli.com
No comments:
Post a Comment