Pages

Sunday, 20 July 2014

VIDEO: Iklan ‘Ini Baru Raya’ RTM Sindir Kebanyakan Kita

Di sebalik penantian terhadap iklan raya tahun ini oleh syarikat-syarikat gergasi yang biasanya menarik, iklan raya RTM berjaya mencuri perhatian penonton.
Mesej yang disampaikan juga amat kena dengan keadaan semasa di mana rata-rata orang sekarang terlalu sibuk dengan telefon bimbit dan gajet hingga mengabaikan komunikasi sebenar.
Iklan bermula dengan sepasang suami isteri yang amat gembira apabila mengetahui kesemua anak mereka akan pulang berhari raya namun kecewa apabila mendapati masing-masing terlalu sibuk dengan telefon bimbit masing-masing.
Justeru si bapa menetapkan bahawa kesemua telefon bimbit dirampas dan masing-masing diberikan tugas khas iaitu menangkap ayam kampung, mencari kelapa dan mendapatkan buluh untuk persiapan berhari raya.
Untuk mengetahui keseluruhan iklan, saksikan video di bawah dan anda pasti terhibur terutama dengan part akhirnya.


No comments:

Post a Comment