Pages

Tuesday, 22 July 2014

Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad?

Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Pembabitan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, dalam dunia peragaan bukan baru. Seingat Sha, dia aktif sebagai model sejak berusia belasan tahun.



Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai. 



Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Dalam pada itu, ada khabar angin pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.

Sejauh mana rapat tu, Sha tidak pasti tetapi menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Anis dan Sharnaaz saling menyukai.

Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati. Kalau benar mereka ada perasaan antara satu sama lain, Sha tidak terkejut kerana sebelum ini ada peminat bercerita seronok melihat kemesraan Sharnaaz dan Anis yang sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang bulan puasa ini.


Kata mereka, Anis buka gerai jual tudung manakala Sharnaaz rancak menjual kemeja-T dan serunding daging asli di bawah jenama Sharnaaz Ahmad Garment.

Sha dengar ada juga kenalan Anis bertanya sejauh mana hubungannya dengan Sharnaaz, tapi model dan pelakon itu hanya mendiamkan diri.

Melihat reaksinya, mereka segera ubah topik kerana faham Anis tidak suka membicarakan hal peribadi dan sangat berahsia orangnya.

Apapun, kalau benar bunga-bunga cinta sedang berputik, Sha tumpang gembira. Bertuah Sharnaaz dapat kekasih sebaik Anis. Orangnya sangat istimewa, bukan saja cantik tetapi baik budi pekerti.

Walaupun berasal daripada keluarga berada, Anis sangat merendah diri dan pandai bawa diri. Malah, dia wanita yang sangat berdikari.








View the original article here

No comments:

Post a Comment