Kepada kaki
gamers yang tegar, anda semua mesti menghadap laptop ataupun komputer
lebih daripada 5 jam, kalau budak budak sekolah yang kaki gamers, mesti
sanggup bayar sampai 12 jam terus menerus, tetapi ada risikonya. Jom
baca apakah yang menyebabkan Bahaya Menghadap Laptop Lebih Dari 5 Jam
sehari?
Bahaya Menghadap Laptop Lebih Dari 5 Jam
Komputer atau
laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia.
Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga
bermain game. Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati
seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan
komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati
lebih awal.
Walaupun bunyinya
macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti,
punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer,
terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang
sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, ataupun ketika menonton
televisyen.
Kajian ini telah
dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London,
Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4500 orang
yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah diterbitkankan
di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah
bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam
jangka masa yang lama.
Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,
“Orang yang
menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan
komputer/televisyen memiliki peluang 125% lebih tinggi mati akibat
penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu
kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”
Kajian juga telah
mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90% lipoprotein lipase dan
enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang
disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi salah
satu punca masalah kesihatan.
Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari,
“Anda harus
bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan
mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan
mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.
Memang sukar untuk
kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, malah ada yang
menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari. Jadi
untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam
kajian tersebut bolehlah menggunakan penyelesaian yang telah
dicadangkan.
No comments:
Post a Comment