Mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di ruma, lapor Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.
Menurut beliau, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.
“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya.
Noor Mushar lagi, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan kanak-kanak berkenaan, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.
“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya daranya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.
Satu laporan polis telah dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit selepas mangsa menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung dan kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar.
Polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan, lapornya lagi. -Raisyyahrania.blogspot.com
*Gambar Hiasan
No comments:
Post a Comment