Enam
pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10
lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.
Dalam
kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri
daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di
dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.
Sumber
polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam
keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang
serta kayu.
Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.
"Terdapat
mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami
kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan
suspek.
"Suspek
yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak
merampas barangan berharga dari premis dan mangsa," katanya.
Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.
Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan, difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat.
No comments:
Post a Comment