Pages

Wednesday, 13 August 2014

Mengerikan, Lelaki Ini Masak Orang Tuanya Sendiri Setelah Undang Mereka Makan Tengah hari



Seorang anak yang merasa diganggu oleh orang tuanya dipercayai telah menjemput mereka untuk makan tengah hari di mana dia membunuh dan memasak sebahagian tubuh mereka.

Adalah Chau Hoi-leung, lelaki berusia 30 tahun, berselisih dengan orang tuanya ketika mereka menyuruhnya untuk keluar dan mencari pekerjaan sebab mereka tidak lagi mahu membiayai gaya hidup mewah si anak.
Ia menuduh mereka membiarkannya lalu memotong mereka selepas menjemput mereka makan tengah hari di flatnya di Hongkong. Chau Wing-ki (62) dan Siu Yuet-yee (62) mengira bahawa itu hanyalah sebuah perjumpaan keluarga.

Siu Yuet-yee dan Chau Wing-ki
Namun, ketika mereka tiba, dipercayai ia dan rakannya, Tse Chun-kei (36), membunuh dan mencincang mereka lalu kemudian dimasak dengan nasi.

Mahkamah mendengar bahawa Hoi-leung dan Chun-kei telah merancang pembunuhan itu selama 3 bulan, membeli pisau dan peti ais untuk meyimpan mayat beserta ketuhar gelombang mikro dan rice cooker.

Detektif segera menggeledah flat-nya selepas ibu bapanya dilaporkan hilang. Mereka kemudian mencari dua kepala di peti ais.

Mereka juga mencari bahagian badan di freezer dan noda darah masih ada di lantai.

lemari es yang digunakan pelaku

Bahagian tubuh yang tidak dimasukkan di freezer telah digarami dan dimasukkan ke dalam kotak makanan. Chau berkata bahawa dia tidak waras ketika melakkan percubaan pembunuhan kerana ia secara emosional telah ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Dia mengaku bersalah atas pembunuhan dengan meminta keringanan, namun pendakwa ingin dia dihukum kerana pembunuhan tanpa pengecualian.

Dia juga telah cuba menutup kematian ibu bapanya dengan melaporkan bahawa mereka hilang dan mengatakan kepada polis bahawa mereka akan ke China daratan untuk bersenang-senang.

Namun detektif curiga dan menggeledah flat-nya di mana mereka mencari mayat, resipi dan perancangan terperinci.

Michael Arthur, penuntut, mengatakan: "Kejahatan mereka itu sangat dirancang dan perancangan mereka sangat banyak .."

sidang berterusan

No comments:

Post a Comment