Nak diikutkan memang pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar
yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan
cermin di dalam tandasnya.
Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak
gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.
Mengikut cerita yang kini tersebar di laman sosial, kisah seram di
tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan
sebuah akhbar berbahasa Cina.
Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika
menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa
seperti diusik.
Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah
yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian.
No comments:
Post a Comment