Pages

Wednesday, 13 August 2014

Nama Anak Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari Dikritik Peminat Kerana...


Tahniah Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari, bayi mereka yang diberi nama Lara kini sudah hampir 3 minggu usianya. Wajah anak pasangan selebriti popular ini akan disiarkan secara eksklusif di Astro nanti.

Ramai yang menyukai nama Lara tersebut dan menyambut baik nama anak Scha dan Awal ini. Namun ada juga peminat yang mengkritik nama berkenaan.

Ini mungkin kerana dalam bahasa melayu, lara ada juga bermaksud berduka atau sengsara (Kamus Dewan, DBP).

Ada peminat yang memberitahu Lara mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Latin, Ukraine dan Rusia iaitu famous,graceful dan protection.

Apapun tunggu je nama penuh baby Lara tu. Mungkin nama penuhnya nanti ada makna yang baik.



No comments:

Post a Comment