Kalau kami berada dalam situasi Nora Danish pun boleh naik kemarahan
selepas terperangkap dalam lif tanpa bantuan daripada pihak hotel yang
bertanggungjawab. Pelakon itu baru baru telah meluahkan rasa tidak puas
hati beliau di Instagram.
Menurut Nora Danish beliau bersama kakaknya Nadya,
Zarema Zainal isteri kepada Aidil Zafuan dan juga seorang pengawal
peribadi Nedim Nazri telah terperangkap dalam sebuah lif di hotel
Legoland selama sejam dan pada 30 minit pertama tiada siapa yang datang
membantu.
“Selama 10 minutes my sister Nadya yang berada dalam lift itu tekan
button merah baru ada orang jawab. Can you imagine??? They went for a
break katanya dan tiada ganti yang jaga dan monitor? Mereka kata dah
banyak kali terjadi kes sebegini!”
“Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatnya orang didalam
itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dengan
lagu dan juga lampu berkelip. Memang pening la sesiapa yang stuck dalam
lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau memeningkan my
pregnant friend adn my sister yang asthma itu, mereka kata tidak boleh”
“Bodoh! Lego Hotel adalah hotel paling bahaya dan paling teruk pernah
saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang
selamatkan. Semua lembab,” tulisnya.
Mungkin hotel Legoland boleh jawab apa masalah sebenarnya yang
terjadi sehingga kakitangan sendiri mengakui perkara ini sudah banyak
kali terjadi. Jangan tunggu ada tragedi baru melatah mahu perbetulkan
keadaan ya tidak?
sumber
No comments:
Post a Comment