Monday, 21 April 2014
Lelaki bertuala ke rumah MB Selangor untuk mandi
Kira-kira jam 3.30 petang smlm, saya dihubungi oleh lelaki berusia 28 tahun.
"Saya terbaca status facebook encik Mazidul mengenai cadangan untuk rakyat mandi di rumah Menteri Besar, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Jomlah!," pelawanya.
Lalu saya bergegas ke Shah Alam untuk menyaksikan tindakan nekad pekerja syarikat swasta itu. Jam 3.55 petang, dia tercegat di luar pintu utama kediaman rasmi MB negeri terkaya di Malaysia itu.
Selamba dia menyapa anggota polis bertugas di situ.
"Berapakah bilangan anggota polis berkawal?," soal saya.
"Dua orang. Seorang berdiri di luar pondok kawalan, tidak berseragam dan seorang lagi di dalam, lengkap berseragam," ujarnya.
"Berbualkah dengan mereka?," tanya saya lagi.
"Melihat saya memegang tuala, reaksi mereka sedikit hairan. Saya kemudian meminta izin untuk merakamkan gambar di sekitar kawasan luar rumah MB. Dalam pada itu, sempat juga saya bertanya, di sini (kediaman MB) ada bekalan air?," katanya.
"Apakah respon polis itu?," soal saya spontan.
"Katanya, ada. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Masakan rumah MB, bekalan air dicatu," balasnya.
Dia terdiam buat seketika.
"Kalau dimohon kebenaran tadi, tiba-tiba saya dibenarkan untuk mandi di rumah MB, khuatir pula terlalu ramai rakyat negeri Selangor, hidup terseksa akibat catuan air tidak mengikut jadual, berduyun-duyun membawa tuala dan sabun, datang ke sini untuk mandi. Boleh juga mereka tengok, jumlah bilik air di kediaman Tan Sri Khalid," jelasnya.
"Apa salahnya, jika rakyat dalam kesusahan menumpang seketika, menikmati kemudahan asas di rumah pemimpin mereka. Lagipun MB sendiri mengarahkan bekalan air dicatu di seluruh Selangor. Sedangkan bekalan air ke rumah dia, tiada gangguan langsung. Lazimnya, susah senang, pemimpin sejati tetap bersama rakyat," celah saya.
Lelaki bujang menetap di Klang itu kemudian kelihatan terus menyandang tuala dan berdiri pegun, merenung papan tanda di sebelah kiri pintu masuk.
"Mudah sungguh MB dan ahli keluarga mandi, berak dan kencing. Rakyat seperti saya menderita, kena kencing. Di kawasan rumah saya, kononnya, bekalan air dicatu dua hari dan disalurkan semula dua hari kemudian. Kononnyalah tetapi kejadian itu tidak berlaku. Sukar orang bujang seperti saya untuk membasuh pakaian. Berak pun leceh sebab saya beragama Islam, punggung tidak boleh dibersihkan mengguna kertas tisu gulung sahaja. Masakan hendak bertemu teman wanita tanpa membasuh berak dengan air dan tidak mandi, busuk," ujarnya kesal.
Saya tersenyum.
"Kalau MB terkini mewakili UMNO-Barisan Nasional, BN, sudah pasti ribuan penyokong Pakatan Rakyat berpiket berulang kali, terpekik terlolong di sini. Penyokong UMNO-BN tidak bertelur, terlalu bersabar menanti, diam menikus, biarpun mereka sendiri merana berikutan kegagalan pemimpin Parti Keadilan Rakyat menguruskan bekalan air. Air, kemudahan asas, bukan kemudahan alternatif seperti sport rims kereta. Saya setuju benar dengan cadangan bernas encik Mazidul, jika catuan air masih berterusan, rakyat tertekan harus datang mandi di rumah MB. Bukan mandi dengan MB. Ikut giliranlah. Maka kediaman rasmi Tan Sri Khalid ini akan sentiasa meriah," komennya lagi.
Dia mengelap peluh di dahi sebelum berlalu pergi. Itulah antara luahan hati seorang daripada penduduk negeri Selangor
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment