Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah
kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik
malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk
tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui
pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak
SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar
dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa
membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat
kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E
lancar tanpa sebarang masalah.
petang
menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo
selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran
perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia
begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah
pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita
tetap membantu.
aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang
menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat
hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang
kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku
sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika
diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring
keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh
apsal ko termenung bro”? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan
apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok
tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan
penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat
sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan
bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada
yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu
segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga setan
tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.
Aku
hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal
ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma
tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi
empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu
jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat
tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang
dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga
korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional
pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka
tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada
didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita
mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang
didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan
kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap
singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan
dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami
bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara
tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin
ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan
kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila kapal
kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila
melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di
tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah
dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan
melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya
bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa
risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.
“ini
pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga
kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas
dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para
petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah
tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran
itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau
mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut
atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan
ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia
katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.
aku
terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa
dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian
tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang
kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala
angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
ramzul
dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan
keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya
melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di
lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ” weiii.. korang
nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul
pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali
kabus yang semakin tebal dan hitam. ” mana taka ada apa2 pon” pintas
ramzul. ” ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ” apa yang
kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh.. kapal pon
mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ”
takk..aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ” biar betul
kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku sekali
lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat
sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin
tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut
yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan
diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ” ramzulll.. minorrr”
jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau
pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut
dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu
nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama
kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah
dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan
atlantik ini utk mendarat di bahamas .
Hati
aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang
ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka
semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar
setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami
rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo
kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia
beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal
tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia
pon didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami
kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten
zulfakar dalam keadaan cemas.. ” apa yang terjadi kapten”? “entahlah
saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar
sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan
pantas menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di
luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini.
Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir
sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan
tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila
dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.
Aku turun dan
membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah
mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin semakin
kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari
perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan
keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku
melihat kedepan ” ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang
menghampiri ” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan
terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di
posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami
tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut
dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan
kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku
dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”. dengan tak
semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan
kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah
semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa
ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat
terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru
kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu
muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami
lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri
tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk
rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan
mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan.
aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN..
tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..
Ya Allah kabus
hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan
gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira
mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar
dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada
kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri
dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh
kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini
tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang
aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH
MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan
selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung
nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai
melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan..
selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana
datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim
baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa
yubsiruun ” diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga
ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon
melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan
termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula
cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus
menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat
hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh
membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI
LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR
KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari
bertapa tidak bermayanya aku.
Keadaan pulih seperti biasa
ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan
diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di
pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga
memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt.
apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di
bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu
sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang
bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan
atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang
bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa
maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.
perjalanan
pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal
berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal
bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin
itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan
musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang
berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar
dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk
islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air
selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak
ternilai semasa berada di lautan Atlantik..
ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…
Wujud Paranormal Team!
sumber
No comments:
Post a Comment