Bentuk
segi empat atau kotak
Ini dapat dilihat menerusi dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang seimbang
sehing-ga terbentuk seperti kotak atau persegi. Pilih potongan rambut yang
lembut dan agak bergelombang untuk menutupi bahagian dagu.
Elak potongan gaya geometri kecuali jika memang sengaja ingin menonjolkan
kekuatan rahang. Hindari belahan rambut di tengah serta potongan rambut kaku.
Elak menyelit-kan rambut di belakang telinga.
Bentuk
wajah panjang
Elak pemotongan rambut terlalu nipis terutama pada bahagian sisi kepala kerana
ia memanjangkan lagi wajah anda. Seimbangkan wajah dengan potongan rambut yang
menyatu di kedua-dua bahagian.
Bentuk
wajah hati
Ciri-ciri bentuk wajah ini adalah dahi lebar, tulang pipi tinggi serta bentuk
dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana akan membuat wajah
kelihatan semakin runcing ke bawah. Pilih pelbagai poto-ngan yang membuat
bahagian rahang penuh. Beri kesan kerinting pada bahagian hujung rambut.
Bentuk
wajah bulat
Pilih potongan rambut yang lembut, berpering-kat atau gaya bob bertingkat untuk
memberi kesan panjang dan ramping. Pada potongan rambut pendek, usahakan untuk
menutupi bahagian pipi yang bulat. Boleh juga membuat potongan bertingkat bagi
menutupi sisi wajah. Elakkan potongan terlalu pendek yang akan membuatkan wajah
semakin bulat dan lebar.
Bentuk
wajah segi tiga
Pilih potongan rambut ring-kas dengan bahagian rahang yang penuh. Potongan
rambut kerinting atau bergelombang dapat menjadi alternatif bagi wajah segi
tiga.
Bentuk
wajah bujur
Bentuk wajah ini adalah paling ideal dan sesuai untuk semua potongan sama ada panjang atau pendek. Namun elakkan belahan rambut di tengah apabila anda memiliki bentuk hidung besar. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.
No comments:
Post a Comment