Pages

Showing posts with label gaya. Show all posts
Showing posts with label gaya. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh

Lama tak dengar cerita mengenai pelakon Azah Aziz. Azah Aziz dahulunya adalah pelakon terkenal di era 90-an dengan filem Cinta Korporat bersama Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli. 
Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh 4
Kemudiannya, Azah berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah dan dikurniakan 3 cahaya mata. Azah kini menetap di Montreal, Canada. Sehingga kini, telah hampir 18 tahun Azah berkahwin dan meninggalkan dunia lakonan hampir 15 tahun. 
Namun apa yang menjadi kritikan peminat ialah beberapa keping gambar yang dimuat turun melalui Instagram. Azah yang berpakaian bikini membuat post ‘Saya tahu di bulan Ramdhan di Malaysia tapi di Montreal ialah musim cuti’. Gambar tersebut kemudiannya dipadamkan oleh Azah setelah mendapat krtitikan peminat. 
Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh
Selain itu, ada sahabat Instagram Azah yang mengatakan Azah juga pernah memuat turun gambar ketika berparti dengan arak dan berpakaian seksi. Paling teruk, ada yang memberi komen ‘dia nie islam lagi ke?’ berikutan gaya hidup Azah yang sosial di Montreal. 
Azah kini berumur 40 tahun. 
Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh 2
Apa pun, LT berharap Azah masih mengamalkan budaya timur sebagai orang Malaysia dan paling penting, sebagai seorang muslimah. Kalau ada yang tak betul, kita doakan sahaja agar Azah kembali ke pangkal jalan.  
Gaya Hidup Azah Aziz Kini Seperti Mat Saleh 1

sumber

Saturday, 19 April 2014

Inilah Gaya Fesyen Terkini Uqasha Senrose Yang Amat Mengejutkan!

Inilah Gaya Fesyen Terkini Uqasha Senrose Yang Amat Mengejutkan! Gaya Berpakaian Selebriti di Malaysia. Gambar Uqasha Senrose ada sesuatu yang pelik pada pakaiannya. Style dan Fesyen Uqasha Senrose pasti amat mengejutkan peminatnya.

Mungkin juga ada yang tidak perasan sesuatu yang tidak kena dengan Gaun Uqasha Senrose. Mungkin saja Pekin Ibrahim juga ketawa melihat Fesyen Anehkekasihnya ini.

Lebih menarik lagi, Gambar-gambar Uqasha Senrose berkenaan yang dikongsikan dalam portal oh bulan dan bintang turut mendapat komen dari segelintir peminatnya yang menyatakan perasaan terkejut mereka. Nak tau apa? Lihat saja komen-komen pembaca portal tersebut.






Artikel dan Grafik dalam Entri Fesyen terkini Uqasha Senrose yang amat mengejutkan adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.

sumber

Friday, 18 April 2014

Panduan gaya rambut ikut bentuk muka



Bentuk segi empat atau kotak
Ini dapat dilihat menerusi dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang seimbang sehing-ga terbentuk seperti kotak atau persegi. Pilih potongan rambut yang lembut dan agak bergelombang untuk menutupi bahagian dagu.


Elak potongan gaya geometri kecuali jika memang sengaja ingin menonjolkan kekuatan rahang. Hindari belahan rambut di tengah serta potongan rambut kaku.


Elak menyelit-kan rambut di belakang telinga.










Bentuk wajah panjang
Elak pemotongan rambut terlalu nipis terutama pada bahagian sisi kepala kerana ia memanjangkan lagi wajah anda. Seimbangkan wajah dengan potongan rambut yang menyatu di kedua-dua bahagian.








Bentuk wajah hati
Ciri-ciri bentuk wajah ini adalah dahi lebar, tulang pipi tinggi serta bentuk dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana akan membuat wajah kelihatan semakin runcing ke bawah. Pilih pelbagai poto-ngan yang membuat bahagian rahang penuh. Beri kesan kerinting pada bahagian hujung rambut.











Bentuk wajah bulat
Pilih potongan rambut yang lembut, berpering-kat atau gaya bob bertingkat untuk memberi kesan panjang dan ramping. Pada potongan rambut pendek, usahakan untuk menutupi bahagian pipi yang bulat. Boleh juga membuat potongan bertingkat bagi menutupi sisi wajah. Elakkan potongan terlalu pendek yang akan membuatkan wajah semakin bulat dan lebar.










Bentuk wajah segi tiga
Pilih potongan rambut ring-kas dengan bahagian rahang yang penuh. Potongan rambut kerinting atau bergelombang dapat menjadi alternatif bagi wajah segi tiga.










Bentuk wajah bujur


Bentuk wajah ini adalah paling ideal dan sesuai untuk semua potongan sama ada panjang atau pendek. Namun elakkan belahan rambut di tengah apabila anda memiliki bentuk hidung besar. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.