Sama-sama kita renungkan dan jadi pengajaran. In shaa Allah :)
Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan.
Memeritkan. Empat Jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya
disudahkan dengan tangisan.
Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri-sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami.
Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh
kesakitan melahirkan di saat melihat bayi lelaki yang masih kemerahan
kulit dan badannya di depan mataku sendiri
Alhamdulillah. Syukur tang tidak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.
Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi telah reda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.
"Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau"
*gambar hiasan
Berlinang air mataku sekali lagi
mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak
pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat
sensitif, cepat menangis, cepat marah, asyik nak pitam dan pening
kepala. Tuhan saja yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.
Kami bernikah tahun lepas. Terus bunting
pelamin. Suamiku orang biasa saja. "Suamiku bukan ustaz". Tak adalah
kaya.Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa sendiri untuk didiami,
cukup makan pakai sekadarnya.
Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian
sahaja. Tudung pun tak betul lagi. Suami berkata " nanti awak ready
pakailah betul-betul". Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya
bila keluar rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi.
Sama macam aku tak ready.
Jururawat dah seleasi membersih anak kami,
sebungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkan kepada kami.Doktor
sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan.
Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.
Mertuaku dan ayak mak ada di sini.Semua
orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua happy dapat timang cucu. Aku
dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga. Dipeluk cium bayiku
yang comel tu.
"Azankanlah di telinga budak tu"
Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.
"Kena azan ke?" Suami bertanya. "wajib ehh?"
Doktor lelaki yang ada disitu mencelah...
"Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu
lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan
pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab
asy-Syu'ab daripada hadis Hasan bin Ali daripada Nabi Saw bersabda yang
bermaksud:
" Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi,
lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga
kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibya."
Menurut sebahagian ulama. Ummu Syibyan
adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak
dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit"
Suamiku terdiam seketika
*gambar hiasan
Maafkan abah kerana abah tak pandai nak azan..
Tiba-tiba suamiku menangis, Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.
"Maafkan abah, Abah tak pandai nak azan. Sungguh abah tak pandai"
Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun tenang saja. Mertuaku seakan dah tahu
"Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi sebenarnya abah tak pergi pun.
Abah keluar lepak dengan kawan-kawan.
Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu. Apatah lagi mengajar
mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan Abah. Maafkan abah"
Suamiku terus menangis sambil mendakap
anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan
memahami ayahnya sedih.
"Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya"
Suamiku itu meminta maaf dengan ibubapaku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku tak pernah macam ni.
"Takpe.. Biara ayah saja yang azankan.
Tapi janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama
pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.
Baiki diri. Jangan selesa dengan
perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman keluarga. Dekatkan diri
dengan Allah. kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada syurga
Allah.
Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik kampung satu lagi tu"
Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahku. Berjanji akan berubah sepenuh hati. menangis-menangis menyesal dan insaf.
Syukur. Anak yang baru lahir ini adalah pencetus kepada hidayah Allah swt kepada suami dan aku sendiri.
Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua
lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga.
Jangan diharap pada isteri yang kena merubah suami.
Mohon sayangi isteri dan suami
masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya.
Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihanNya terbaik.
Sama-sama berubah ke arah lebih baik.
No comments:
Post a Comment