Kecantikan
rupa paras bukanlah segala-galanya. Ianya kelak akan hilang ditelan
usia. Namun keperibadian yang cantik itulah faktor yang lebih menarik
kita kepada seseorang. Berikut kami kongsikan antara ciri-ciri lelaki
yang sering diidamkan oleh wanita di luar sana.
1. Yakin Pada Diri
Keyakinan
diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan
sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan
memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum
berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus
berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk
berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa
berfikiran positif.
2. Pandai Buat Lucu
Jangan
bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk
kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang
yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar
Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan
hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan teruja
merindui karenahmu.
3. Romantik
Wanita
sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya
gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati
dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang
kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu
aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan
‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya
memilih yang romantik.
4. Wang
Tidak
disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan.
Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak
sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau
ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari
nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang
wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu
menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan
wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat
nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap
di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.
5. Bijak
Wanita
sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan
pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh
mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu
mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak
berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti
kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah
kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang
tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang
intelek.
6. Sensitif.
Setiap
kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang
bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami
perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana
sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.
7. Suka Kanak-Kanak
Wanita
menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam
semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh
dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai
kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya.
Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu.
perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu
memang layak menjadi bapa yang penyayang.
8. Bijak Berdandan
Lelaki
juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai
kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan
bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain
berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi
tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata,
kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada
hubungan kamu dan si dia nanti.
Apapun,
tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi
sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang
tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang
penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang
selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar
dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi
permaisuri hidupmu.
No comments:
Post a Comment