Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan
militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran
tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa
anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan
sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota
militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos
lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan
yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon
sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks,
dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.

Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi
di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas
ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka,
pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah
hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam
yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan
telefon berkenaan.
No comments:
Post a Comment