Hampir kebanyakan wanita sangat suka memakai minyak wangi/ perfume dan
tak kurang juga jejaka maskulin. Hehehe. Pemakaian minyak wangi
merupakan salah satu ciri-ciri daya tarikan feminin yang boleh
meningkatkan keyakinan diri serta menampilkan diri kita lebih menarik.
Tetapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan
lebih lama? Terdapat pelbagai petua dan cara yang boleh mengekalkan
aroma indah tersebut seperti berikut:
Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama
sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda
menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan
diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi
anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya.
Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok
Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana
perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas
menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak
wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan
menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan
wangian lebih tahan lama.
Di mana saya perlu menyembur minyak wangi saya?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi anda adalah pada
titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana anda
boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak
berhampiran dengan kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk menyembur
minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan
tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi
anda akan bertahan lebih lama.
Lembapkan kulit anda sebelum menggunakan minyak wangi
Tahukan anda bahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit
berminyak, berbanding kulit kering? Ya, ini merupakan satu fakta yang
telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak
sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana
boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan
lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu
dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur
minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.
Semburkan sedikit minyak wangi pada sikat rambut
Jika anda mahukan bau minyak wangi anda bertahan lebih lama, semburkan
sedikit pada sikat rambut anda dan gunakannya dengan menyikat rambut
anda secara lembut. Dengan cara ini, setiap kali anda bergerak atau
berjalan melepasi seseorang, bauan yang indah dna wangi turut
disebarkan.
Simpan wangian anda di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi anda daripada musuh seperti kelembapan, haba dan
cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan
jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, anda
digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia
akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia
dengan udara.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment